Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tak Mampu Jaga, Bapa Tunggal Serah Tiga Anak Ke Rumah Kebajikan

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak.

Bapa terpaksa hantar anak ke rumah kebajikan

Bapa

Foto: FB @Beautiful Teluk Intan

Menerusi perkongsian di Facebook @Beautiful Teluk Intan, lelaki berkenaan, Huang Guowei, menghantar anak-anaknya berusia lima, tujuh dan sembilan tahun ke Rumah Kebajikan Anshun Jaz Home pada 13 Oktober lalu selepas tidak lagi mampu menanggung perbelanjaan mereka.

Artikel lain: Bantu Suami Cari Rezeki, Wanita Hantar Makanan Sambil Bonceng 3 Anak Kecil

Wakil rumah kebajikan berkenaan dilaporkan datang ke rumah Huang bagi mengambil anak-anaknya, dan ketika itu suasana bertukar sebak apabila lelaki tersebut gagal menahan air mata.

Huang dilihat beberapa kali terdiam ketika cuba menasihati anak-anaknya agar terus kuat dan belajar bersungguh-sungguh. Salah seorang anaknya memeluk erat paha Huang sambil menangis, enggan dilepaskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bapa

Foto: FB @Beautiful Teluk Intan

“Dia nak jadi polis satu hari nanti. Saya hanya harap dia terus belajar rajin-rajin,” katanya.

Huang yang bekerja sebagai pemandu lori di sebuah syarikat pembinaan di Kuala Lumpur hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM2,600 sebulan.

Untuk berjimat, dia hanya menjamah kopi pada waktu pagi, roti untuk makan tengah hari dan nasi sebagai makan malam.

Sebelum ini, dia pernah menempatkan anak-anaknya di sebuah rumah kebajikan di Kuala Lumpur dengan bayaran RM300 sebulan, selepas pihak pengurusan mengurangkan caj asal sebanyak RM400.

Namun, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, Huang akhirnya tidak mampu lagi meneruskannya.

bapa

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan memindahkan anak-anaknya ke Anshun Jaz Home yang tidak mengenakan sebarang bayaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Huang sebelum ini berkahwin dengan warga Vietnam pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan tersebut.

Namun, rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada 30 Mei 2024, dan mahkamah memutuskan hak penjagaan penuh diberikan kepadanya.

bapa

Selepas perceraian, bekas isterinya bersama beberapa saudara dilaporkan beberapa kali datang ke rumah dan mengganggu Huang, menyebabkan dia menghantar anak-anaknya ke rumah kebajikan sementara waktu bagi keselamatan mereka.

Kini, bapa kepada tiga orang beradik itu berharap keputusan itu akan memberi peluang kepada anak-anaknya menikmati kehidupan lebih baik dan mendapat pendidikan yang sempurna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya akan terus bekerja di Kuala Lumpur dan akan balik melawat mereka bila ada masa,” ujarnya.

bapa

Pihak rumah kebajikan memaklumkan bahawa mereka akan memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan ketiga-tiga kanak-kanak tersebut bersekolah di tadika dan sekolah rendah berhampiran.

Sumber: Facebook @Beautiful Teluk Intan

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd