Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Demi Keselamatan Pelajar, KPM Arah Pengetua Ronda Kawasan Sekolah Setiap Pagi

Kementerian Pendidikan (KPM) mengeluarkan arahan kepada pengetua sekolah untuk melakukan sesi rondaan di kawasan sekolah setiap pagi.

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad memaklumkan inisiatif itu diambil bagi mengenal pasti keadaan serta memberikan perhatian terhadap isu keselamatan murid.

Jelasnya lagi, beliau mahu Management by Working Around (MBWA) atau pengurusan melalui turun padang dilaksanakan.

KPM arah pengetua ronda kawasan sekolah

KPM arah pengetua ronda kawasan sekolah

“Sebab itu, pagi ini pun saya dah berikan arahan kepada semua peringkat di bawah untuk berikan perhatian antaranya buat MBWA supaya pengetua mesti menilai pagi-pagi apa keadaan sekolah mereka.
“Mesti kena buat ‘learning walk’, pergi setiap kelas ke kelas apa yang berlaku dalam bilik darjah. Dengan MBWA dan ‘learning walk’ ini pengetua dapat menganalisis apakah tindakan-tindakan yang perlu diambil segera,” katanya menerusi sidang akhbar khas di KPM di sini hari ini.

Artikel lain: KPM Beri Kelonggaran Pakaian & PdPR Untuk Murid Terjejas Banjir

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPM arah pengetua ronda kawasan sekolah

Kata Dr Mohd Azam lagi, langkah berkenaan tetap perlu dijalankan bagi mengelakkan sebarang bentuk pengabaian terhadap aspek keselamatan murid meskipun tempoh pelaksanaan arahan itu agak singkat memandangkan sesi persekolahan bakal berakhir tidak lama lagi.

Sekiranya pengetua sekolah gagal memastikan sekolah mereka selamat terutamanya buat murid dan pelajar, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.

Sumber: Kosmo!Online (Kamariah Khalidi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd