Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tewaskan ‘Negara Haram’, Norway Salur Wang Kemenangan Lebih RM1.6 Juta Kepada Gaza

Persekutuan Bola Sepak Norway salurkan sumbangan sebanyak lebih RM1.6 juta (AS$350,000) kepada rakyat Gaza hasil kutipan perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Israel baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum perlawanan itu, badan bola sepak berkenaan memaklumkan semua hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Doctors Without Borders bagi menyokong misi kemanusiaan di Gaza.

Norway salur wang kemenangan

Norway salur wang kemenangan

Perlawanan yang berlangsung pada 12 Oktober lalu menyaksikan Norway mencatat kemenangan bergaya 5–0 ke atas Israel, dengan penyerang utama Erling Haaland menjaringkan hatrik, sekali gus membantu pasukannya meraih tiga mata penuh dalam saingan kelayakan.

Langkah berjiwa besar itu turut menerima sokongan penuh daripada penaja pasukan kebangsaan Norway, menjadikan inisiatif berkenaan antara bentuk solidariti paling lantang dalam dunia sukan Eropah ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kelayakan Piala Asia 2027: Harimau Malaya Menang Bergaya! Baham Laos 5-1, Rekod Tanpa Kalah

Norway salur wang kemenangan

Sebelum ini, beberapa pegawai dan penyokong bola sepak Norway turut menzahirkan bantahan terhadap penyertaan Israel dalam kejohanan Piala Dunia. Persekutuan berkenaan melihat perlawanan menentang Israel sebagai peluang untuk memperkukuh pendirian mereka terhadap isu kemanusiaan di Gaza.

Sumber: Astro Awani (Naz Raseed)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd