Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Suspek Libas Remaja Perempuan Ketika Tunggang Motosikal

Seorang lelaki berjaya diberkas polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas disyaki menyerang seorang remaja perempuan dengan sebilah parang ketika mangsa sedang membonceng motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling pada Isnin petang.

Remaja perempuan ditikam ketika dalam perjalanan pulang

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang ketika mangsa berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama kakak iparnya yang menunggang motosikal.remaja perempuan

“Mangsa tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang sebelum meminta motosikal dihentikan di tepi jalan. Kakak iparnya kemudian terlihat seorang lelaki menunggang motosikal Yamaha LC V8 berwarna biru gelap, memakai jaket gelap dan topi keledar berwarna biru jenis MS, memecut meninggalkan lokasi,” katanya.

Artikel lain: Cemburu Isteri Curang, Lelaki Tikam Rakan Serumah Sebelum Gantung Diri

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek dan tidak mempunyai sebarang masalah atau pertelingkahan dengan individu lain.

“Mangsa yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka baru tiga minggu berpindah dari Tangkak, Johor ke Melaka untuk bekerja sebagai operator kilang,” ujarnya.

Susulan laporan kejadian, polis melancarkan siasatan dan berjaya menahan suspek tidak sampai sehari selepas insiden berlaku. Suspek dijangka direman pagi ini bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alat berbahaya.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja perempuan cedera parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali ketika membonceng motosikal di kawasan Solok Tangga Batu.

remaja permepuan

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Seorang warga emas menarik perhatian ramai di media sosial selepas videonya yang dikatakan sedang mencuci tandas di sebuah stesen minyak Shell tular di Threads....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd