Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Bot Terbalik, Maritim Malaysia Bantu Selamatkan 30 Warga Indonesia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan 30 nyawa warga Indonesia daripada lemas setelah bot yang dinaiki mereka terbalik di 19.3 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi, hari ini.

Maritim Malaysia selamatkan 30 warga Indonesia

Maritim Malaysia selamatkan 30 warga Indonesia

Foto: MalaysiaGazette

Memetik laporan MalaysiaGazette, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Johor Bahru mendapat maklumat awal insiden itu pada jam 9 pagi melalui Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Tanjung Pinang.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil memberitahu, KM Sibuan bersama-sama aset lain iaitu bot Petir 11 dan bot Penggalang 15 dikejarkan ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.

“Semasa kejadian kapal Andros Spirit berada di tempat kejadian sebelum segera membantu mangsa dan menempatkan mereka atas kapal tersebut.
“Pihak Maritim diiringi kapal dan bot yang terlibat menghantar mereka ke sempadan perairan Indonesia sebelum diserahkan kepada kapal KN Rantos, KN Kalimasadha dan KN Tanjung Datu untuk tindakan selanjutnya,” kata Kama Azri, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan keberhasilan operasi tersebut merupakan hasil kerjasama antara agensi penguat kuasa maritim serantau dan keprihatinan semua pihak yang terlibat.

“Maritim Malaysia sentiasa komited memastikan keselamatan perairan negara dan akan terus bekerjasama dalam operasi lintas sempadan demi melindungi nyawa di laut,” jelasnya.

Artikel lain: 7 Lelaki Dari Indonesia Ditahan Maritim Malaysia, Ceroboh Pelantar Minyak Di Perairan Terengganu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kesemua mangsa kini ditempatkan di atas kapal Andros Spirit dan akan dibawa ke sempadan perairan Indonesia untuk diserah kepada kapal KN Rantos, KN Kalimasadha dan KN Tanjung Datu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: MalaysiaGazette (Zulhisham Isahak)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd