Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Manis Bertudung, Nia Ramadhani Syukur Dapat Tunai Umrah

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani meluahkan rasa syukur kerana dapat mengerjakan umrah bersama suami dan anak perempuan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram, pelakon drama Bawang Putih Bawang Merah ini bersyukur kerana dapat menunaikan umrah di bulan Ramadan bersama keluarganya.

“Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Kami bisa berkesempatan menjalani ibadah umrah di bulan Ramadhan,”tulisnya.

Kejelitaan aktres berusia 32 tahun itu terserlah dengan mengenakan hijab sepanjang proses mengerjakan umrah di Mekah dan Madinah.

Dikesempatan itu, Nia memberitahu dia juga menunaikan ibadah umrah (badal umrah) buat bapanya, Allahyarham Priya Ramadhani yang meninggal dunia pada tahun 2014 akibat kanser.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Alhamdulillah bisa umroh in buat Almarhum papa hari ini (Sabtu). Semoga papa seneng ya disana lihat Nia tadi tawaf dan Sai sendirian buat papa,”tulisnya lagi berserta emoji hati berwarna merah.

 

 

Dalam masa sama, Nia juga berharap agar mereka sekeluarga dapat lagi menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

Sementara itu, aktres campuran Norway, Belanda dan Sunda memanjatkan kesyukuran kerana urusan mereka sekeluarga mengerjakan umrah dipermudahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Alhamdulillah, cantik

Rata-rata warganet turut senang dengan penampilan Nia yang kelihatan manis menutup aurat tidak seperti yang sering ditonjolkannya di media sosial.

Mereka juga berharap agar Nia dikurniakan hidayah dan terus istiqamah untuk menutup aurat dengan sempurna selepas pulang dari tanah suci.

Sumber: Instagram @namadhaniabakrie

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sukan

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragik bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd