Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Malaysia Catat Penemuan Cari Gali Lebih 1 Bilion Tong Minyak Setara Pada 2023

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan kontraktor pengaturan petroleumnya mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian lanjutan cari gali, menyumbang lebih 1.0 bilion tong minyak setara sumber baharu untuk Malaysia pada 2023.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak negara itu berkata kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan penggalian 25 telaga, jumlah tertinggi dalam masa setahun sejak 2015.

Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam dua kelompok di wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat.

Penemuan gali lebih 1 bilion

Artikel lain: DOSM Jangka Ekonomi Malaysia Tumbuh Perlahan Dalam Tempoh Terdekat

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antara penemuan yang utama ialah Gedombak-1, Sinsing-1, Machinchang-1 dan Mirdanga-1 oleh  Petronas Carigali Sdn Bhd, serta  Babadon-1 dan  Chenda-1 oleh  PTTEP Thailand,” katanya.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan penerokaan yang ketara itu mengesahkan kepercayaannya terhadap potensi tinggi  lembangan Malaysia yang matang, dengan menggunakan data seismik 3D baharu dan teknologi perisian terkini bagi mengesan potensi hidrokarbon yang lebih dalam dengan lebih baik.

Pihaknya  menyokong penuh  penggunaan strategi penerokaan baharu oleh rakan kongsi mereka  yang menumpukan potensi berdekatan dengan  lapangan, yang akan membolehkan pengewangan lebih cepat bagi penemuan itu.

“Strategi itu penting dalam memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara di rantau ini,” katanya.

Mohamed Firouz berkata MPM akan melancarkan siri Pusingan Bidaan Malaysia seterusnya pada awal tahun depan, menawarkan kepada bakal pelabur  lebih banyak blok penerokaan dan peluang penemuan sumber.

“Sokongan padu daripada negeri-negeri pengeluar serta kerajaan Persekutuan sangat penting dalam kejayaan pertumbuhan asas sumber negara,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd