Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Malaysia Akan Terus Jaga Hubungan Rapat Dengan Amerika Syarikat & China

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia akan terus jaga hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan China tanpa perlu dipaksa untuk membuat pilihan memihak kepada mana-mana negara.

Menurut laporan Harian Metro, pendirian itu dilakukan demi menjaga kestabilan ekonomi negara yang akan memberi manfaat yang lebih besar dan strategik pada masa akan datang.

Malaysia akan meneruskan  pendekatan hubungan dengan kedua-duanya secara pragmatik dan berhemat selaras peningkatan persaingan strategik antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia jaga hubungan Amerika Syarikat & China

Ahli politik Islam berpengaruh dunia

Artikel lain: Anwar Ibrahim Ketuai Delegasi Malaysia Ke APEC

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita bekerjasama dengan rakan-rakan untuk meminimumkan risiko – iaitu konflik langsung atau pemecahan ekonomi global kepada blok-blok tertentu.
“Tiada keadaan berkenaan yang akan terjadi dalam tempoh terdekat, tetapi sangat berkemungkinan dengan keadaan tekanan yang semakin memuncak dewasa ini.
“Saya tak percaya konflik bersenjata antara kuasa-kuasa besar tidak dapat dielakkan, dan negara-negara berkecuali seperti Malaysia boleh membantu mengurangkan tekanan menerusi diplomasi kreatif,” katanya.

Difahamkan, lebih 250 penuntut universiti hadir mendengar ucapan beliau bertajuk Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia Pacific: The View from Southeast Asia.

Sumber: Harian Metro (Sharanjit Singh)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd