Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Majikan Dipenjara 6 Tahun 10 Bulan, Cederakan Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa

Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara enam tahun 10 bulan serta denda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di Klang, hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan membabitkan ugutan, kecederaan, dan perbuatan menghina agama terhadap dua pegawai peribadinya pada 2021.

Foto: Bernama

Menurut Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Chung Chee Yang, 47, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan pindaan pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan selama 21 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan.

“Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala kes kedua mengikut Seksyen 298 kanun sama iaitu mengeluarkan perkataan disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan mangsa, tertuduh dipenjara setahun dan denda RM10,000.
“Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 kanun sama, tertuduh dipenjara 10 bulan dan denda RM2,000 dengan semua hukuman pemenjaraan berjalan berasingan,” katanya.

Permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman turut ditolak, dan hukuman penjara bermula hari ini.

Foto: Harian Metro

Berdasarkan pertuduhan pertama, Chee Yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli, 48.

Tindakan itu didakwa dilakukan di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Klang, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam, pada 13 April 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan yang menghina agama Islam dengan menyebut perkataan berkaitan Allah dan puasa, yang didengar oleh Mohd Azminizam dan seorang lagi pengawal peribadinya, Ahmad Shamsuri Zailani, 31.

Bagi pertuduhan ketiga, Chee Yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Mohd Azminizam, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 jika sabit kesalahan, atau kedua-duanya sekali.

Peguam tertuduh, Abdul Hakeem Aiman, dalam hujah mitigasinya memohon mahkamah mempertimbangkan sumbangan anak guamnya sebagai seorang majikan yang baik serta banyak membantu masyarakat, terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Nuruljannah Aimi, menegaskan bahawa kes ini mendapat perhatian umum kerana menyentuh sensitiviti agama dan menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kes ini berlaku pada hari pertama berpuasa iaitu pada 13 April 2021 dan diselesaikan pada hari terakhir Ramadan iaitu 28 Mac (hari ini) iaitu selepas hampir empat tahun.
“Diharap hukuman paling berat dikenakan kepada tertuduh supaya tiada lagi individu boleh menghina agama Islam atau menjadi angkuh serta bongkak selepas ini,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Norzamira Che Noh)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Sosial

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina. Murid bagi...

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd