Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahu Cari Duit Lebih Sambut Raya, Dua Lelaki Berpuasa ‘Kantoi’ Beli Nombor Ekor

Dua lelaki beragama Islam masing-masing berusia 52 dan 63 tahun dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana membeli nombor ekor di sebuah premis judi, semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, kedua-dua lelaki berusia 52 dan 63 terbabit menyatakan alasan kononnya mahu mencari duit lebih untuk persiapan hari raya Aidilfitri dalam operasi Operasi Perangi Jenayah Syariah (PERJASA).

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, kedua-duanya ditahan ketika sedang ‘syok’ membeli nombor ekor di kaunter premis judi tersebut.

“Hasil soal siasat kedua-dua individu tersebut mendakwa mereka tidak bekerja dan tinggal di kawasan berhampiran.
“Mereka ini memberikan alasan ingin mencuba nasib bagi mendapat duit lebih untuk persiapan hari raya Aidilfitri,” katanya semalam.

Che Sukri berkata, bagaimanapun mereka yang ditahan mengakui menjalani ibadah puasa selain telah diberikan surat perintah hadir ke pejabat JAIM bagi memberi keterangan di bawah Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (Berjudi).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd