Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan, Peguam Gagal Cabar MCMC Isu Hantaran Facebook Dipadam

Mahkamah Tinggi George Town, Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan seorang peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai sekatan yang dikenakan pada hantaran di Facebook miliknya tahun lalu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan untuk memadam hantaran peguam Dr Shamsher Singh Thind itu telah dilakukan Facebook dan bukan MCMC, sekali gus tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Peguam gagal cabar MCMC

Peguam gagal cabar MCMC

Foto: Dr Shamsher Singh Thind

Hakim Anand Ponnudurai berkata, tindakan MCMC bukan ‘keputusan’ yang boleh dikaji semula oleh mahkamah kerana agensi tersebut hanya mengeluarkan permintaan untuk tindakan, manakala keputusan pula dibuat oleh Facebook.

“Hakim berkata platform media sosial mempunyai kata putus dalam pengawalan kandungan, walaupun diminta oleh pengawal selia seperti MCMC,” kata peguam A. Srimurugan yang mewakili Dr Shamsher Singh.

Peguam gagal cabar MCMC untuk semak kehakiman terhadap MCMC

Pada 4 Jun tahun lalu, Dr Shamsher Singh memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan permintaan pentadbiran yang menyebabkan hantaran di Facebook miliknya disekat untuk pengguna Malaysia pada Mei 2024.

Artikel lain: MCMC, Microsoft Malaysia Jalin Kerjasama Teroka Manfaat Industri AI

Advertisement. Scroll to continue reading.
Peguam gagal cabar MCMC

Foto: The Sun

Difahamkan, hantaran berkenaan mengaitkan pemberian kontrak kerajaan kepada suami seorang menteri Kabinet. Justeru dalam permohonannya, beliau mendakwa MCMC telah melanggar kebebasan bersuara dengan menyekat hantaran tersebut.

Pada masa sama, Dr Shamsher Singh ingin mahkamah mengisytiharkan tindakan pengawal selia itu menyalahi undang-undang selain mahu MCMC menggugurkan ‘arahan’ kepada Facebook yang meminta hantaran dibuatnya daripada disekat.

Sumber: Free Malaysia Today (Predeep Nambiar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melucut hak sebanyak 23 utas jam tangan mewah jenama Rolex dan 15 barang kemas yang disita daripada adik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd