Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lori Tangki Isi Minyak Sehingga Sejam Disyaki Untuk Seleweng

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu pengendali lori tangki yang dilihat mencurigakan apabila mengisi minyak sehingga satu jam dalam satu operasi Ops Tiris 5.0 di sebuah stesen minyak di Shah Alam pada Rabu lalu.

Menurut satu laporan Harian Metro, Ketua Sektor Operasi Seksyen Penguatkuasaan KPDN Selangor Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, serbuan tersebut dilakukan hasil tinjauan berkala yang dijalankan pasukan risikan ke kawasan ‘panas’ bagi membanteras penyelewengan subsidi diesel.

 Foto: New Straits Times

“Ketika anggota tiba di stesen minyak itu, sebuah lori tangki didapati sudah sejam membuat pengisian minyak dan pemeriksaan segera dilakukan, yang mendapati ada pengubahsuaian pada struktur badan lori.
“Pengubahsuaian itu disyaki untuk tujuan penyelewengan atau menjualnya demi mengaut keuntungan,” katanya hari ini.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut terhadap pemandu lori yang berusia 50 tahun itu mendapati sebanyak 12 kali transaksi telah dilakukannya pada satu pam yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara ini juga disemak silang bersama cetakan resit yang dikeluarkan melalui sistem stesen minyak dan dikesan membabitkan ribuan liter pengisian.
 “Tiga individu merangkumi pemandu lori dan dua pekerja Bangladesh usia 30-an ditahan untuk dirakam percakapan, manakala lori dan bahan api disita bersama dokumen urus niaga lain,” jelas beliau.

Foto: Harian Metro

Mohd Shahran turut berkata, arahan mengisytiharkan stok dan mengemukakan dokumen telah dikeluarkan kepada pemandu lori dan pihak stesen minyak mengikut Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 pada hari yang sama, 29 Mei.

“Anggaran keseluruhan bahan api disyaki diesel di dalam kes ini mencecah 10,000 liter. Anggaran keseluruhan nilai sitaan mencecah RM500,000,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu sebuah akta kawalan dan peruntukan bagi pengagihan bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan yang bertujuan untuk memastikan bekalan yang mencukupi dan menghalang aktiviti-aktiviti haram seperti menyorok atau enggan menjual barang kawalan.

Sumber: Harian Metro (Ruwaida Md Zain)
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd