Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

LCS: Pembinaan Dijadualkan Siap Hujung Tahun Ini

Kapal tempur persisir (LCS) pertama dijadualkan siap hujung tahun ini mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen rekabentuk, pembinaan, peralatan serta ujian.

Foto: Berita Harian

Beliau berkata, status kemajuan yang berakhir pada 25 Ogos lalu adalah sebanyak 69.58 peratus berbanding perancangan iaitu 69.50 peratus dengan perbezaan sebanyak 0.08 peratus iaitu melebihi jadual daripada yang dirancangkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan perancangan perbatuan yang terkandung dalam kontrak yang telah ditandatangani, fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama akan disiapkan pada penghujung tahun 2024 sebelum  menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tempoh 2 tahun.
“Bagi Kapal LCS kedua pula, ia akan turun ke permukaan air sebelum  menjalani HAT dan SAT pada pertengahan tahun 2025,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen hari ini.

Foto: Carian Google

Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang meminta  kerajaan menyatakan perancangan menyegerakan pembinaan kapal LCS bagi menghadapi ancaman luar terhadap kawasan zon ekonomi dan kepulauan milik Malaysia di perairan Laut China Selatan yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan kesiagaan aset berada pada tahap yang optimum.

“Kementerian akan memastikan kesiagaan aset berada pada tahap yang optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan negara terutamanya di Laut China Selatan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Farah Marshita Abdul Patah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang pengguna di platform TikTok dengan niat nak beli air balang dijual bekas pemain bola Sri Pahang FC, Mohammad Gopi Rizqi telah menarik perhatian...

Spotlight

Bekas pelakon filem dewasa dari Jepun, Kae Asakura atau raelilblack telah berkongsi momen sewaktu berada di Masjid Sendayan bagi menunaikan solat fardu dan juga...

Lokal

“Saya tak boleh terima (permohonan maaf keluarga), itu anak saya. Pedihnya hati sebab dia sangat rapat dengan saya, berkawan macam mana pun dia rapat...

Lokal

Penjara Kajang dilihat ‘sesak’ apabila ramai yang keluar masuk beli kuih raya air tangan banduan bersempena dengan Aidilfitri tidak lama lagi. Menerusi perkongsian video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd