Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Macam Mesyuarat Nak Kenakan AS” –Trump Sindir Lawatan Presiden China Ke ASEAN

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia.

@cnn

Chinese President Xi Jinping is on a tour of Southeast Asia, positioning China as a stable partner in contrast to the US. President Donald Trump reacted saying the tour was a chance to “screw” the US. CNN’s Kristie Lu Stout reports. #cnn #news

♬ original sound – CNN

Trump komen lawatan Presiden China ke ASEAN termasuk Malaysia

Menerusi video yang di media sosisla CNN, Presiden Amerika Syarikat itu berkata dalam satu sidang media dengan menyindir bahawa dirinya tidak menyalahkan mana-mana pihak, namun pertemuan tersebut seperti satu komplot mahu menjatuhkan AS.

Advertisement. Scroll to continue reading.
 “Saya tak salahkan China. Saya tak salahkan Vietnam. Saya tak salah (negara ASEAN).. Tapi bila mereka bertemu seperti itu, bukankah itu menarik? Ia seperti satu mesyuarat untuk cari cara bagaimana nak kenakan Amerika Syarikat,” katanya.

Lawatan Presiden China ke ASEAN dikatakan untuk kukuhkan pengaruh

Hal ini sususlan lawatan Xi Jinping yang dilihat sebagai usaha mengukuhkan pengaruh China di Asia Tenggara, termasuk melalui pelaburan dalam infrastruktur dan kerjasama ekonomi.

Difahamkan, kehadiran Presiden China ke Malaysia pada 15 hingga 17 April ini akan memberi tumpuan kepada hubungan dagang dan teknologi.

Manakala di Vietnam dan Kemboja, pendekatan China lebih diplomatik apabila menawarkan bantuan tanpa tekanan politik, berbeza dengan pendekatan Trump semasa beliau memegang jawatan.

Trump sebelum ini dikenali dengan dasar “America First” yang menekan banyak negara kecil di rantau ini hingga menyebabkan mereka terpaksa beralih kepada China sebagai rakan strategik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lawatan Presiden China

Artikel lain: “Dia Kawan Saya, Saya Suka Dia” – Trump Sedia Bertemu Xi Jinping Runding Kemelut Tarif

Walaupun ASEAN kekal dengan prinsip berkecuali dan mesra semua negara, kestabilan dan komitmen yang ditawarkan China kini dilihat lebih meyakinkan berbanding Amerika Syarikat.

Hakikatnya, negara-negara ASEAN hanya sedang menyesuaikan diri dengan lanskap geopolitik yang semakin mencabar bukan ‘berkomplot’ seperti yang didakwa Trump.

Sumber: TikTok CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd