Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Langgar Papan Tanda Sebelum Terbakar, Empat Maut Tesla Terbabit Kemalangan

Empat orang maut dalam sebuah kemalangan selepas kenderaan elektrik (EV) jenama Tesla terbakar dalam satu kejadian di barat Perancis pada Sabtu.

Memetik laporan Daily Mail, pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran kemderaan itu yang berlaku sekitar 10.45 malam waktu tempatan.

Empat maut selepas Tesla dinaiki terbabit dalam kemalangan

Kemalangan tersebut telah menyebabkan kematian pemandu dan tiga penumpangnya yang merupakan pekerja di sebuah restoran berdekatan Melle.

Laporan awal mendapati kereta itu telah melanggar beberapa papan tanda pada kelajuan yang tinggi dan menurut polis, kesemua penumpang termasuk pemandu telah meninggal dunia ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum diketahui namun pihak polis telah membuka kertas siasatan bagi mencari puncanya dan pakar kenderaan elektrik akan diminta membantu siasatan itu.

Artikel lain: Sakit Hati Diceraikan, ‘Madu Rahsia’ Tamatkan Nyawa Isteri Pertama

Tesla, yang diasaskan oleh bilionair Elon Musk sering menjadi perhatian ramai susulan isu keselamatannya yang meragukannya susulan kemalangan-kemalangan melibatkan kenderaan elektrik itu.

April lalu, pengeluar kereta itu telah menyelesaikan kes dengan keluarga seorang jurutera yang terbunuh apabila sebuah Tesla Model X terbabit dalam kemalangan di Silicon Valley pada 2018 bagi mengelakkan perbicaraan di mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ketika kejadian itu, pemandu Tesla yang berada di lebuh raya California dan telah memandu menggunakan ciri ‘autopilot’ Tesla sebelum kenderaan itu merempuh pembahagi konkrit.

Tidak cukup dengan itu, pada Disember, Tesla telah menarik balik lebih dua milion kereta di Amerika Syarikat dan Kanada kerana ciri ‘autopilot’ kenderaan itu yang meningkatkan risiko perlanggaran.

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd