Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sakit Hati Diceraikan, ‘Madu Rahsia’ Tamatkan Nyawa Isteri Pertama

Gara-gara diceraikan, seorang wanita yang juga isteri kedua didakwa membunuh bekas madunya dalam kejadian di Lhokseumawe, sebuah bandar di Sumatra baru-baru ini.

Foto: Sinarpost.com

Menurut laporan Serambinews, polis berjaya menahan suspek selepas didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap bekas madunya yang juga isteri pertama.

Mangsa dikenali sebagai Laksmiwati Anggraini, 62, atau LA dibunuh oleh suspek dikenali sebagai WL yang juga dipercayai bekas ‘isteri rahsia’ suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Suspek merupakan bekas isteri kepada doktor pakar kanak-kanak, yang juga suami kepada mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Lhokseumawe, Henki Ismanto.

Foto: Serambinews.com

Unit Siasatan Jenayah daerah tersebut menyatakan, sebelum tangkapan dilakukan oleh pihak polis, mereka menjalankan siasatan dan pemeriksaan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Rakaman itu jelas menunjukkan WL dilihat memasuki lokasi kejadian dan bersembunyi sebelum melakukan perbuatan itu. Siasatan awal mendapati motif pembunuhan itu adalah kerana dendam terhadap mangsa setelah pernikahan rahsia bersama bekas suaminya diketahui.
“WL menjelaskan motif pembunuhan itu dicetuskan oleh perasaan sakit hati terhadap mangsa selepas perkahwinan tidak berdaftarnya dengan suami mangsa diketahui sekali gus dipaksa bercerai,” jelas ketua Unit Siasatan Jenayah.

Foto: Tribunjateng.com

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas beberapa bukti termasuk kesan darah, seutas tali plastik yang didakwa digunakan untuk memerangkap mangsa, dan sebuah kereta yang digunakan pelaku untuk melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proses siasatan akan diteruskan dimana WL akan didakwa dengan Pasal 338 Kanun Jenayah mengenai pembunuhan dengan hukuman maksimum 15 tahun penjara.

Terdahulu, seorang wanita dilaporkan diserang sehingga maut dengan kesan lebam di hidung, bibir bengkak dan tanda-tanda kesan ligat di lehernya.

Sumber: Serambinews.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd