Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Laman Web Literasi Tenaga Pertama Di Malaysia Dilancarkan

Malaysia kini mempunyai laman web literasi tenaga pertama negara, Malaysia Energy Literacy Program (MELP) yang boleh diakses menerusi www.melp.my.

Laman web literasi tenaga pertama di Malaysia

Platform digital tersebut dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof sempena Sesi Perjumpaan Bulanan Warga PETRA di Putrajaya, hari ini.

literasi tenaga

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), ia diwujudkan sebagai pusat rujukan interaktif serta mudah diakses bagi memperkukuh kefahaman masyarakat tentang isu tenaga selain menyediakan pelbagai bahan rujukan digital, termasuk artikel, panduan, infografik, video dan kandungan pendidikan.

Artikel lain: IWK Bekal 12 Juta Liter Sehari Air Kumbahan Terawat Untuk Pusat Data Di Johor – PETRA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan sokongan rakan strategik MELP seperti PETRA, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), MyPOWER, Yayasan Hijau Malaysia, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malakoff, NUR Power dan Edra Energy.

“MELP merupakan jambatan pengetahuan tenaga untuk semua lapisan masyarakat, melengkapkan rakyat dengan maklumat sahih dan praktikal dalam kehidupan seharian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

literasi tenaga

PETRA berkata, inisiatif ini diyakini dapat meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai kepentingan penggunaan tenaga yang cekap, keselamatan elektrik serta peranan setiap pihak dalam menyokong sasaran negara mencapai sifar karbon menjelang 2050.

Malah pada masa sama, PETRA menegaskan pihaknya akan terus memperkukuh usaha literasi tenaga melalui MELP sebagai wadah perkongsian ilmu dan kesedaran yang inklusif.

“Dengan adanya MELP, usaha mendekatkan mesej kelestarian tenaga kepada rakyat dapat dipergiatkan, sekali gus menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara yang mampan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd