Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kurikulum Sejarah Dalam Proses Penggubalan, Dijangka Mula Diguna 2027 – KPM

Kurikulum Sejarah yang sedang dalam proses penggubalan dijangka mula digunakan di sekolah pada 2027 dan penekanan terhadap keseimbangan dalam kandungan kurikulum akan diutamakan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata di bawah kurikulum baru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memasukkan unsur sejarah budaya, sosial, kesenian dan sukan akan dimasukkan bagi mengimbangi kandungan sejarah politik sedia ada.

Kurikulum Sejarah dalam proses penggubalan

Kurikulum Sejarah

Foto: PKR

“Pendekatan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih holistik mengenai warisan dan kejayaan negara, selain memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan murid.
“Ini akan membantu melahirkan generasi yang bukan sahaja berdaya saing di peringkat global tetapi juga mempunyai pemahaman yang lebih luas mengenai perkembangan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KPT Terima PPTM 2025-2035, Capai Visi Malaysia Hab Pendidikan Tinggi Bertaraf Dunia

Ujarnya, dalam usaha memupuk integrasi nasional, kandungan sejarah Sabah dan Sarawak sudah dimasukkan secara seiringan dengan negeri-negeri lain.

Katanya, ini bertujuan untuk memberikan perspektif yang lebih menyeluruh mengenai sejarah Malaysia serta menonjolkan peranan dan sumbangan tokoh-tokoh tempatan dalam pembinaan negara.

“Langkah ini diharap dapat memperkukuh lagi kesatuan rakyat Malaysia melalui pemahaman yang lebih mendalam tentang kepelbagaian warisan negara,” ujarnya.

Foto: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata kementeriannya yakin usaha penambahbaikan kurikulum Sejarah yang sedang dilaksanakan ini akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan penghayatan patriotisme dalam kalangan murid.

“KPM yakin, pendidikan menerusi mata pelajaran Sejarah akan terus menjadi asas yang kukuh dalam pembentukan jati diri dan perpaduan nasional,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kurikulum mata pelajaran itu dirangka bagi membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat sesuatu peristiwa, serta menghayati keunikan sejarah tanah air dan kegemilangan negara.

Sumber: Berita Harian (Mphd Nasaruddin Parzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd