Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kuartet 4×100 Meter Wanita Terkejut Atlet Bahrain Ucap Tahniah

Kuartet 4×100 meter (m) wanita negara seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou malam tadi.

Kuartet 4×100 meter (m) wanita

Menceritakan detik selepas perlumbaan, pelari pecut senior, Zaidatul Husniah Zulkifli berkata, pada mulanya mereka pelik apabila keputusan rasmi mengambil masa yang agak lama untuk dikeluarkan.
Kuartet 4x100 meter wanita

Atlet Bahrain datang ucap tahniah

Katanya, keadaan dan perasan menjadi lebih bercampur baur apabila pelari Bahrain datang mengucapkan tahniah kepada mereka.
“Sewaktu di bilik panggilan tempat kami simpan bag, agak terkejut kenapa keputusan belum keluar. Ia jadi lebih pelik apabila kami ditahan lama dalam bilik tu, rupa-rupanya ada pertukaran.
“Selepas itu, atlet Bahrain masuk, datang ke arah kami dan ucap tahniah, kami sangat terkejut waktu itu dan pada masa sama sangat gembira kerana ia tak dijangka pun,” katanya.

Kuartet 4x100 meter wanita

Artikel lain: Tewaskan Hong Kong, Skuasy Berpasukan Wanita Hadiahkan Malaysia Pingat Emas Ke-3

Malaysia dihadiahkan gangsa selepas penyertaan kuartet Bahrain dibatalkan selepas salah seorang pelari negara itu didapati melakukan kesalahan TR24.7 iaitu membuat lepasan baton di luar zon pertukaran, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan.
Terdahulu, gandingan Azreen Nabila Alias, Zaidatul, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dan Shereen Samson Vallabouy menampilkan larian bertenaga untuk mencatat masa 45.01 saat (s) sekali gus menamatkan saingan di tempat keempat.
Sumber: Bernama

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd