Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

22,680 tiket ditawarkan! KTMB Sedia Empat ETS Tambahan Sempena Krismas & Cuti Sekolah

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga, bermula 19 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.

Menurut kenyataan KTMB, dua perkhidmatan tambahan akan beroperasi setiap hari bagi laluan KL Sentral–Padang Besar–KL Sentral sepanjang tempoh tersebut.

Sementara itu, dua lagi perkhidmatan tambahan disediakan khusus untuk laluan KL Sentral–Butterworth–KL Sentral pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad), meliputi tarikh 19–21 Disember 2025, 26–28 Disember 2025, 2–4 Januari 2026 dan 9–11 Januari 2026.

KTMB sedia empat ETS tambahan

KTMB sedia empat ETS tambahan

“Secara keseluruhan, sebanyak 22,680 tiket ditawarkan bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang sepanjang musim cuti hujung tahun. Tiket tren tambahan akan mula dijual pada 21 November 2025 (Jumaat) bermula jam 10 pagi,” katanya.

KTMB turut menjelaskan bahawa penyediaan tren ETS tambahan adalah usaha syarikat memenuhi permintaan apabila tiket perkhidmatan ETS biasa habis dijual.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, KTMB menggalakkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal bagi menikmati tambang fleksibel yang lebih menjimatkan serta mengelakkan pembelian saat akhir.

Artikel lain: Alami Masalah Kewangan, 50 Peratus Jemaah Tolak Tawaran Haji 2025

KTMB sedia empat ETS tambahan

Pengguna turut diingatkan untuk tiba 30 minit lebih awal di stesen kerana pintu masuk akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas.

Untuk jadual perjalanan, pengguna boleh melayari laman sesawang dan saluran media rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: KTMB

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd