Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Anjur Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara 23 Oktober Ini

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjemput orang ramai untuk menghadiri Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara yang bakal berlangsung pada 23 Oktober ini di lobi utama kementerian tersebut di Putrajaya.

Difahamkan, orang ramai berpeluang untuk menilai cadangan kajian semula sektor pendidikan tinggi kebangsaan termasuklah 58 isu berkeutamaan tinggi beserta cadangan penyelesaian yang akan dipamerkan pada hari terbuka itu.

Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara

Artikel lain: “Insentif Diskaun PTPTN Mungkin Tidak Diteruskan” – KPT

“Cadangan ini adalah daripada 874 isu awal dikenal pasti Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC) bersama pasukan petugas khas, melalui sesi ‘Mini-Lab’ yang dihadiri 220 individu mewakili lebih 115 organisasi,” menurut kenyataan itu.

Untuk pengetahuan semua, NRC yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Idris Jala berperanan menilai semula kesemua dasar dan polisi dalam bidang kuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengambil kira realiti semasa ekosistem pendidikan tinggi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Januari lalu,  Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut  dan dianggotai individu berpengalaman dalam sektor pendidikan tinggi.

Antaranya Tokoh Akademik Negara daripada Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia Datin Prof Dr Khatijah Mohamad Yusoff; pakar pendidikan tinggi global Dr Jamil Salmi; Pengasas Bait Al Amanah Dr Abdul Razak Ahmad dan  Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik Datuk Parmjit Singh. 

Pasukan petugas khas berkenaan pula dianggotai oleh wakil kementerian dan universiti yang  bertanggungjawab menilai semula keberkesanan dasar-dasar dan polisi pendidikan tinggi kebangsaan sedia ada.

Orang ramai juga berpeluang berinteraksi dengan komuniti ekosistem pendidikan tinggi termasuk wakil kementerian, jabatan dan agensi di bawah KPT, institusi pendidikan tinggi serta pelajar institusi awam, swasta, politeknik dan institusi vokasional.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Krisis tenaga global yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd