Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Peruntuk RM70.03 Juta Bangunkan Semula Pasar Payang

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sebanyak RM70.03 juta bagi Projek Pembangunan Semula Pasar Payang, Terengganu.

KPKT dalam kenyataan berkata, pembinaan Pasar itu melibatkan peruntukan sebanyak RM70.03 juta, manakala kos bagi perunding projek telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Difahamkan, projek ini telah bermula pada 1 Ogos 2017 dengan pembinaan Pasar Payang 2 (fasa 1) bagi penempatan peniaga-peniaga dan telah pun siap pada 31 Mei 2019.

Pembinaan Pasar Payang fasa 2 sebagai pasar utama pula mula dibina pada 13 Ogos 2019 dan telah siap pada 19 Julai 2023 dan dijadikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerja-kerja pembinaan Pasar Payang 1 dua tingkat ini menempatkan 412 lot kedai, 369 petak jualan, tandas, tandas OKU, eskalator, lif, surau, jam besar, infrastuktur seperti kalan masuk, tempat letak kenderaan, lampu jalan serta landskap,”menurut kenyataan.

KPKT Pasar Payang

Artikel lain: Sewa Kepada Warga Asing, KPKT Batalkan 384 Lesen Peniaga Tempatan

Tambahnya, projek Pasar Payang yang baharu ini lebih mesra peniaga, pengguna tidak kira warga emas, golongan ibu, kanak-kanak serta Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Pembangunan semula pasar awam ini dapat meningkatkan kualiti serta taraf kemudahan pasar, perkhidmatan awam yang berkaitan dan menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada peniaga dan pengunjung.
“Malah, akan memberi lonjakan besar kepada sektor pelancongan Negeri Terengganu kerana Pasar Payang adalah destinasi ‘must visit’ para pelancong di negeri ini.
“Pengisian ruang perniagaan yang disediakan di pasar baharu tersebut akan mengutamakan pelesen sedia ada dan turut memberi peluang kepada permohonan baru bagi memenuhi ruang perniagaan,”katanya pada Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Semula Pasar Payang 1 dan Majlis Kick-Off Program Bandar Selamat (PBS) Tahun 2024 di sini, hari ini.

KPKT Pasar Payang

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pembangunan semula itu dapat menyumbang kepada peningkatan tahap sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat setempat.

Tegasnya, KPKT tidak pernah memandang remeh terhadap sumbangan peniaga, sebaliknya dihargai kerana peningkatan ekonomi mikro turut memberi kesan positif kepada negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk menjadikan Pasar Payang 1 sebagai Pasar Seni atau Pasar Pelancongan yang menjual batik, sutera, kedai emas dan barang-barang cendermata, manakala Pasar Payang 2 akan dijadikan pasar harian.

KPKT Pasar PayangSementara itu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menerima Penghargaan Khas Program Bandar Selamat (PBS) sebagai pengiktrafan atas penglibatan aktif dalam menjayakan PBS bermula tahun 2011.

PBS adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian jenayah dan memperbaiki persepsi masyarakat berhubung keselamatan awam.

Fokus utama PBS adalah untuk memperkasa kawasan sasaran dan merekabentuk persekitaran fizikal yang terhindar daripada ancaman kejadian jenayah.

Ujar Kor Ming, KPKT akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Lokal

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan keluar sebanyak 31 tong minyak diesel dalam satu operasi di...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd