Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sewa Kepada Warga Asing, KPKT Batalkan 384 Lesen Peniaga Tempatan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) batalkan 26,108 lesen peniaga membabitkan pelanggaran syarat dengan 384 daripadanya premis rakyat tempatan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan berkata, pembatalan lesen peniaga tempatan tersebut atas sebab mereka menyewakan lesen kepada warga asing.

Menterinya Nga Kor Ming, berkata pembatalan itu dibuat menerusi operasi yang dijalankan sebanyak 1,836 bagi 2022 hingga 15 Feb lalu bersama agensi penguatkuasaan.

Dalam kenyataan yang sama, KPKT turut menjalinkan kerjasama yang konstruktif dan aktif dengan kementerian lain dalam pelaksanaan penguatkuasaan secara menyeluruh berkaitan isu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerjasama bersepadu dengan pendekatan ‘whole of government’ bersama-sama agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah perlu bagi menangani isu yang semakin berleluasa ini berdasarkan kekangan bidang kuasa PBT yang terhad kepada pemeriksaan lesen premis dan perniagaan sahaja.”ujarnya.

lesen peniaga

Artikel lain:  KPKT Komited Mantapkan Kecekapan & Integriti PBT Menerusi Kursus Pemantapan Penyata Kewangan

Beliau berkata, kerajaan negeri akan turut memainkan peranan dengan memperketat syarat permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan PBT di negeri masing-masing bagi mengekang monopoli perniagaan oleh warga asing.

Beliau berkata, PBT juga tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing memohon atau memiliki lesen penjaja, peniaga kecil, premis perniagaan, kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan di pasar-pasar selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja serta UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

“Di bawah UUK Penjaja, PBT tidak mengiktiraf dan membenarkan warga asing sebagai penjaja dan peniaga kecil. Malah, PBT juga tidak membenarkan penggunaan warga asing sebagai pekerja atau pembantu di bawah lesen penjaja di premis PBT.
“Ini kerana kadar harga sewaan yang ditetapkan oleh PBT adalah di bawah harga pasaran dan bertujuan untuk memberikan peluang perniagaan kepada rakyat tempatan,”kata Kor Ming.

lesen peniaga

Jelasnya, di bawah UKK Tred, Perniagaan dan Perindustrian pula, lesen hanya dikeluarkan untuk warga Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka ini dibenarkan untuk mengambil warga asing sebagai pekerja atau pembantu dengan syarat memiliki pas kerja atau permit dagang yang sah.

Tegasnya, PBT tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran yang jelas terhadap syarat-syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh mana-mana perniagaan dan pemegang lesen dengan mengambil tindakan tegas secara tindakan sitaan, kompaun, penutupan premis dan pembatalan lesen

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd