Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Korea Utara Sokong Palestin, Selar Israel Punca Sebenar Peperangan

Media kerajaan Korea Utara menyalahkan Israel kerana telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di Gaza.

Memetik laporan Reuters, Israel merupakan punca berlakunya peperangan di antara mereka dan pejuang Islam Palestin, Hamas.

Jurucakap pemerintah republik itu, Rodong Sinmun menerbitkan artikel ringkas mengenai konflik dan korban, yang memetik laporan media asing.

“Masyarakat antarabangsa mendakwa bahawa pertembungan ini adalah akibat daripada tindakan jenayah berterusan Israel terhadap rakyat Palestin. Dan, jalan keluar asas ialah membina sebuah negara Palestin yang merdeka,”petiknya menurut akhbar media antarabangsa.

Sehingga kini, keganasan tersebut telah mengorbankan lebih 1,500 orang selain mendorong pengisytiharan antarabangsa menyokong Israel. Malah, Israel juga dilaporkan merayu untuk menamatkan pertempuran serta perlindungan orang awam selepas diserang Hamas pada Sabtu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media antarabangsa menyatakan Hamas telah membuat ancaman dengan melakukan serangan setiap kali Israel mengebom rumah penduduk Palestin tanpa amaran.

Sebelum ini, media Korea Utara sering berhujah menentang pandangan Barat, terutama Amerika Syarikat mengenai isu antarabangsa.

Bukan itu sahaja, Korea Utara juga pernah mengutuk sekeras-kerasnya mengenai serangan  ‘pasukan bermusuhan di dalam dan di luar Syria’ mengenai serangan dron baru-baru ini.

Media berkenaan menyifatkan ia sebagai percubaan pengganas untuk menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad sehingga menyebabkan ramai menjadi korban di negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Malaysia Bina Semula Masjid Muhammad Al Amin Selepas Musnah Dibom

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd