Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kor Ming Persembah Pelbagai Perancangan & Kejayaan KPKT Kepada Sultan Nazrin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming persembah pelbagai perancangan dan kejayaan kementeriannya kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Hinggap Perak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kor Ming Persembah Pelbagai Perancangan & Kejayaan KPKT

Menerusi satu kenyataan, KPKT berkata Kor Ming mempersembahkan perancangan berhubung Pelancaran Bandar PR1MA pertama di Malaysia yang berdekatan tapak pembinaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Teluk Intan.

“Bandar itu akan menawarkan lebih 1,000 unit Rumah Mampu Milik yang berkualiti tinggi serta perancangan bandar yang mampan, lestari dan selesa.
“Projek berkenaan akan dibangunkan di atas tanah seluas 57.5 hektar (142 ekar) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan berjumlah RM800 juta,” katanya.

KPKT berkata, Ahli Parlimen Teluk Intan itu juga komitmen untuk terus memaju pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) yang berkualiti tinggi serta model baru Program Perumahan Rakyat (PPR) yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Sultan Nazrin terima menghadap Kor Ming

“Beliau turut mempersembahkan beberapa siri kejayaan KPKT dalam melaksanakan pembinaan prasarana awam termasuk pasar-pasar awam baru, inisiatif tandas awam bertaraf ‘BMW’ dan inisiatif MyKiosk Niaga yang menggunakan amalan teknologi hijau,” ujarnya.

Artikel lain: KPKT Berjaya Laksana 5,196 Projek Pembangunan Rakyat Sepanjang Tahun Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, Kor Ming juga memperkasa aplikasi PBTPay, penambahbaikan Garis Panduan OSC 3.0 plus serta pelaksanaan inovasi Audio Frequency Intercept System (AFIS) dari pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang telah menerima anuegrah utama bagi Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) tahun lalu.

“KPKT juga akan meneruskan komitmen pada tahun ini dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada seluruh rakyat negara ini sebagai satu usaha untuk merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat,” tambah kenyataan itu.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd