Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Konsert Pinkfish: Polis Percaya Terdapat Kegiatan Jualan Bahan Terlarang

Pihak polis tidak menolak kemungkinan terdapat individu melakukan kegiatan penjualan dadah ketika penganjuran konsert ambang tahun baharu, Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway, Subang pada Selasa lalu.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kesemua mangsa ada membeli dan menggunakan bahan terlarang itu dalam konsert tersebut.

Hussein berkata, malah terdapat juga mereka yang meminum alkohol.

Konsert Pinkfish

Foto: Kosmo! Online

“Bekalan (dadah) diperolehi ada antara dapat dari luar dan beli dalam premis tersebut. Jadi, kita tidak nafikan ada individu berlegar di situ untuk menjual ekstasi. Maklumat yang kita ada ini satu pil dijual RM50.
“Dia (pengedar) selalu jual pakej iaitu tiga pil berharga RM100. Justeru, pihak polis sedang kenal pasti mereka-mereka yang terlibat dalam penjualan pil ekstasi dalam konsert tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam hari ini.

Artikel lain: Konsert Pinkfish: Empat Maut Dipercayai Ambil Bahan Terlarang

Advertisement. Scroll to continue reading.
Konsert Pinkfish

Foto: Juice Online

Terdahulu, media melaporkan empat pengunjung iaitu dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia 20 hingga 40 tahun maut selepas dipercayai mengambil pil dadah jenis ekstasi.

Manakala dalam kejadian sama, dua individu lain masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selain seorang lagi sudah dibenarkan keluar hospital.

Susulan itu, pihak polis telah membuka empat kertas siasatan bagi mengenal pasti sekiranya wujud unsur jenayah atau keracunan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd