Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Konsert Coldplay Berlangsung Aman, Bukti Kerjsama Berjalan Dengan Baik -Fahmi

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang berlangsung semalam ternyata berjalan dengan aman sekali gus membuktikan bahawa kerjasama antara pelbagai pihak berjaya.

Kerjasama penganjur, artis & pihak berkuasa berjalan lancar

Memetik laporan dari Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, kelancaran konsert band dari Britain itu boleh dijadikan contoh apabila berjalan dengan baik dan memberi kepuasan kepada para penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Alhamdulillah, saya lihat kejayaan konsert ini adalah hasil kerjasama baik antara penganjur, artis dan pihak berkuasa.
“Difahamkan, Coldplay mengucapkan terima kasih kepada kerajaan sebanyak dua kali dan konsert berlangsung tanpa sebarang isu atau kontroversi.
Ini sebenarnya cara terbaik di mana artis, penganjur dan pihak berkuasa dapat bekerjasama dengan erat supaya orang yang menonton dan berpeluang beli tiket mendapat satu pengalaman positif serta baik.
Saya harap hubungan baik penganjur, penyedia lokasi dan artis seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya.
View this post on Instagram

A post shared by Coldplay (@coldplay)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia terbuka terima artis luar selepas Coldplay asal tahu batas

Dalam pada itu Fahmi turut mengulas sama ada polemik yang berlaku sebelum ini memberi kesan buruk kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai artis luar mengadakan konsert di Malaysia.

“Selagi garis panduan jelas, tidak ada pembatalan pada saat akhir sebab ada perkara tidak dibincangkan awal.
“Saya tak rasa polemik ini memberi kesan. Tapi, saya percaya dengan kejayaan konsert Coldplay membuktikan bila ada dialog sihat, semua pihak faham tanggungjawab, mencari titik temu, saling memahami, berkompromi serta patuh kepada undang-undang, pasti tidak akan timbul sebarang isu.
“Lagipun, banyak konsert K-Pop datang ke Kuala Lumpur dalam tempoh beberapa minggu, jadi tak ada masalah,” ujarnya.

Lepas Coldplay siapa pula ye?

Beliau turut menegaskan bahawa keterbukaan Malaysia dalam menerima kehadiran artis-artis antarabangsa tetap mempunyai garis panduan serta batasannya.

Artikel lain: ‘Suis Pemati’ Digunakan Dalam Konsert Coldplay Jika Langgar Garis Panduan -Fahmi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, hampir 80,000 penonton hadir menyaksikan konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023.

Masing-masing menzahirkan rasa puas hati dengan persembahan band ternama itu disamping penganjuran yang cukup baik walaupun ada beberapa kisah kurang enak didengar.

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd