Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Konsert Alan Walker Guna Kerusi Kenduri Di China – “Mesyuarat Bersama Belia Ke?”

Konsert artis EDM Norway, Alan Walker yang diadakan di Shenzhen, China baru-baru ini telah meraih perhatian selepas warganet melihat konsert itu guna kerusi kenduri.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Alan Walker memuat naik beberapa keping foto menunjukkan pentas yang akan dia gunakan semasa konsertnya di Shenzhen.

Konsert Alan Walker guna kerusi kenduri

View this post on Instagram

A post shared by Alan Walker (@alanwalkermusic)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsiannya, penyanyi berusia 26 tahun itu berkongsi dua keping gambar dimana foto pertama memaparkan dia sedang memandang ke arah pentas.

Manakala, foto kedua pula dia memandang ke arah kamera sambil mengangkat tangan mempamerkan simbol ‘peace’ di tangan selain kapsyen menyatakan tiket konsert telah habis terjual.

“Dan jelajah konsert diteruskan, seterusnya di Shenzhen, China (tiket habis dijual),” katanya.

Apa yang menarik perhatian netizen Indonesia adalah kerusi digunakan untuk penonton yang biasanya dipakai untuk hari kenduri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, penganjur konsert itu juga menggunakan kerusi plastik yang sama bagi tempat duduk VIP yang berada di hadapan pentas.

Artikel lain: Tidur Adalah Keutamaan Hidup, Dakota Johnson Perlu ‘Beauty Sleep’ 14 Jam Sehari

Menjengah ke ruangan komen, ramai menyambut baik berhubung jelajah konsert Alan Walker selain bertanya bila giliran negara mereka pula.

Namun begitu, perkongsian berkenaan juga telah menarik perhatian netizen Indonesia mengenai kerusi yang digunakan dalam konsert itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerusi untuk kenduri…

Ramai netizen dari negara jiran itu menyatakan bahawa kerusi yang digunakan itu merupakan kerusi yang biasa digunakan dalam kenduri kahwin.

Selain itu, ada juga segelintir berseloroh mengatakan Alan Walker akan mengadakan mesyuarat bersama belia-belia di Shenzhen disamping mengadakan pembelajaran bersama.

Ni mesyuarat bersama belia?

Ada kelas ke?

Tidak kurang juga netizen yang membuat gurauan mengatakan peminat yang menghadiri konsert itu perlu membawa plastik hitam berisi buah-buahan untuk dimakan semasa konsert.

Jangan lupa bawa buah….

Dalam pada itu, ada juga warganet dari negara jiran itu yang bertanyakan tentang tarikh konsert Alan Walker ke negara mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bila nak datang Indonesia?

Sekadar info, konsert Alan Walker di Shenzhen telah diadakan pada 3 Disember lalu di Stadium Baoan dan menerusi perkongsian di Instagramnya, stadium itu kelihatan dipenuhi dengan peminat.

Sumber: Instagram Alan Walker

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

Seorang lelaki dikenali sebagai Rozaizar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tindakannya memaki hamun anggota bomba dalam satu video tular di media sosial...

Nasional

Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) menegaskan kes penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta yang sedang disiasat pihak berkuasa tidak melibatkan institusi itu. Ketua...

Lokal

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memberi jaminan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan tiga anggotanya dalam siasatan berkaitan pengurusan dana...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd