Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KKDW Sedia Platform Rangsang Kreativiti, Budayakan Inovasi

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyediakan platform persekitaran dan infrastruktur kondusif bagi merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem, produk, idea dan proses yang lebih maju.

Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun berkata, inisiatif ini bagi membudayakan inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan keberkesanan sebagai agen perkhidmatan awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

KKDW sedia platform rangsang kreativiti, budayakan inovasi

KKDW Sedia Platform Rangsang Kreativiti Budayakan Inovasi

Foto: Harian Metro

“Sudah tiba masanya, Badan-Badan Berkanun di bawah KKDW yang mempunyai syarikat atau anak syarikat mengaplikasikan teknologi dan inovasi baru dalam projek dan program.
“Ini bagi memastikan ia dapat mewujudkan agensi yang berpendapatan tinggi dan menjadi profit centre daripada menjadi cost centre.

KKDW Sedia Platform Rangsang Kreativiti Budayakan Inovasi

Foto: Institut Kemajuan Desa-INFRA 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya yakin ianya dapat dilakukan dengan mengambil kira pengaplikasian teknologi dan inovasi terkini dengan penggemblengan kemahiran, kepakaran, sumber kewangan dan modal insan yang ada di setiap agensi di bawah KKDW,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Majlis Hari Inovasi KKDW 2023 di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Artikel lain: Malaysia Catat Pelaburan Diluluskan RM225 Bilion, Tertinggi Dalam Tempoh 10 Tahun

KKDW mengadakan sambutan Hari Inovasi setiap tahun bagi mengiktiraf dan memberi inspirasi kepada warga kementeriannya untuk terus menggerakkan usaha inovasi.

Usaha tersebut akan membantu dalam meningkatkan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan selaras hasrat Kerajaan Malaysia MADANI.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKDW Sedia Platform Rangsang Kreativiti Budayakan Inovasi

Foto: Institut Kemajuan Desa-INFRA 

Bagi Hari Inovasi KKDW kali ini, tujuh kategori dipertandingkanantaranya Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam kategori Pengurusan MADANI, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam kategori Teknikal dan Anugerah Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbaik.

Kategori lain pula adalah Anugerah Kualiti Tadbir Urus Bahagian kategori Pembudayaan ICT, Anugerah Kualiti Tadbir Urus Bahagian (Keselamatan Perlindungan), Anugarah Kualiti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Anugerah Kualiti Pengurusan Pusat Komuniti Desa (PKD).

Anugerah-anugerah ini dipertandingkan sebagai platform bagi mewujudkan persaingan inter-agensi dan berkongsi best practice di antara agensi terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKDW Sedia Platform Rangsang Kreativiti Budayakan Inovasi

Foto: Institut Kemajuan Desa-INFRA 

Selain itu, anugerah-anugerah ini juga membantu dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuan KKDW dan agensi di bawahnya.

Sesi penilaian bagi penerima-penerima anugerah tersebut telah dilaksanakan pada Mei sehingga September lalu oleh Panel yang terdiri daripada wakil luar negara dan wakil dalaman dari kementerian, jabatan dan qgensi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd