Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gaza Kritikal, Kini ‘Terasing’! Rangkaian Komunikasi & Internet Terputus

Situasi di Semanjung Gaza kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas pengeboman besar Israel, lapor Anadolu Agency.

Gaza kritikal, rangkaian Internet terputus

Malah, perkhidmatan komunikasi dan Internet di Gaza juga terputus sepenuhnya pada pagi Jumaat angkara serangan Israel ke atas talian pengantara menara, dan rangkaian, kata penyedia perkhidmatan.

“Talian darat, talian tanpa wayar, dan perkhidmatan komunikasi Internet telah terputus sepenuhnya di tengah-tengah pengeboman hebat melibatkan talian menghubungkan Tebing Barat termasuk menara dan jaringannya,”menurut kenyataan Palestine Telecommunications Company.

Penyedia rangkaian telefon di Tebing Barat, Ooredoo Palestine, dalam kenyataan berasingan berkata khidmat telefon langsung terputus menghubungkan Semenanjung Gaza, sejak pagi Jumaat.

Gaza internet kritikal

Artikel lain: Gaza Kehabisan Bahan Api, Hospital Bergantung Kepada Generator

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin sukar hulurkan bantuan

Menurut sumber daripada Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Palestin, berlaku gangguan mengejut dalam perkhidmatan dari Semenanjung Gaza, tanpa belum diketahui puncanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, berkata badan itu terputus hubungan “sepenuhnya” dengan bilik operasi di Semenanjung Gaza, termasuk semua kru anggotanya yang bekerja di sana.

Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan mereka untuk berhubung dengan khidmat penyediaan ambulans di Semenanjung Gaza kerana ia menjejaskan ketibaan ambulans merawat mangsa yang tercedera.

Gaza internet

Committee to Protect Journalists (CPJ) juga menyatakan kebimbangan mendalam berhubung situasi itu, sambil memberi amaran ia mengundang terputusnya maklumat kritikal.

Badan berpangkalan di New York berkenaan menekankan dunia “kehilangan tingkap realiti” ke atas apa sedang berlaku di Gaza kerana pertubuhan berita terputus hubungan dengan wakil mereka di lapangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perang Israel-Gaza memasuki peringkat baharu dengan pengeboman semakin hebat dan operasi darat oleh tentera Israel. CPJ sangat bimbang susulan laporan meluas komunikasi terputus di Gaza,”lapor Andolu Agency lagi.

Situasi ini juga menyebabkan seluruh dunia mendapatkan berita penting selain wujudnya ‘vakum’ berkaitan laporan bebas sehingga mencetuskan propaganda dan penyebaran informasi tidak tepat mengenai Gaza.

CPJ berkata, wartawan atau infrastruktur media juga dijadikan sebagai sasaran sengaja dan dianggap jenayah perang.

Hospital Indonesia di Gaza juga jadi sasaran

Malah, kawasan di sekeliling Hospital Indonesia juga dilaporkan menerima serangan bom tanpa henti sehingga ke saat ini.

Sejak tercetuskan konflik pada 7 Oktober, sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin dilaporkan terkorban dalam serangan Israel.

Bukan itu sahaja, seramai 2.3 juta penduduk Gaza dicengkam kekurangan makanan, air, dan perubatan susulan pengeboman udara Israel dan kepungan penuh di kawasan itu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Anadolu Agency,

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Nasional

Orang ramai digesa supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri India ke Malaysia pada 7 hingga 8...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd