Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sah! Kim Pan Gon Kembali Ke Arena Tempatan, Dilantik Ketua Jurulatih Selangor FC

Kim Pan Gon Kembali Ke Arena Tempatan

Selangor FC mengumumkan pelantikan Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu berkuat kuasa hari ini.

Skuad Gergasi Merah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya yakin bekas jurulatih Harimau Malaya itu mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

Kim Pan Gon Kembali Ke Arena Tempatan

Seterusnya, mengemudi Selangor ke tahap yang lebih tinggi, berbekalkan pengalaman luas serta pencapaian diraih beliau sebelum ini.

Artikel lain: Nilai Pasaran Tujuh Pemain Warisan Jatuh Ke Sifar Susulan Hukuman FIFA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Selangor FC turut memaklumkan bekas ketua jurulatih interim Christophe Gamel telah dilantik sebagai Pengarah Teknikal skuad itu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menurut kenyataan itu, peranan baharu Gamel bakal tertumpu sepenuhnya kepada pembangunan jurulatih dan pemain muda bagi skuad bawah 23 tahun sehingga peringkat akar umbi Selangor FC.

“Selangor FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Pan Gon dan Gamel dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan mereka,” menurut kenyataan itu.

Sumber: FB Selangor FC

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd