Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KESUMA Laksana Enam Inisiatif Utama, Perkasa Modal Insan Dan Lindungi Hak Pekerja

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengumumkan pelaksanaan enam inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan, melindungi hak pekerja, dan meningkatkan daya saing tenaga kerja negara selaras dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Menerusi satu kenyataan, KESUMA berkata kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta dalam Bajet 2025 untuk program latihan dan peningkatan kemahiran pekerja bagi memastikan mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi global.

KESUMA laksana enam inisiatif utama

Dasar Sumber Manusia juga akan terus dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja berkualiti tinggi serta memperluaskan peluang pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat.

KESUMA laksana enam inisiatif utama

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

KESUMA kini sedang giat melaksanakan reformasi terhadap 28 Akta di bawah kementeriannya untuk memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa dan standard antarabangsa.

“Sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk meningkatkan keadilan dan kesejahteraan pekerja, KESUMA sedang giat melaksanakan reformasi terhadap 28 KSM.100-2/1/1 JLD.4 (15) dan Akta-akta dibawah KESUMA untuk memastikan ia selaras dengan perkembangan semasa dan standard antarabangsa,” kata KESUMA hari ini.

Artikel lain: Susulan Pendedahan PAC, KESUMA Akan Lapor SPRM Siasat Kepincangan Sistem Pengurusan

Selain itu, dalam usaha memperkukuhkan perlindungan sosial pekerja, kementerian akan memperkenalkan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Hubungan dengan kesatuan sekerja akan terus diperkukuhkan bagi memastikan keharmonian industri dapat dikekalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian turut memberi penekanan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan melalui inisiatif rekayasa yang bertujuan untuk memperbaiki sistem perkhidmatan agar lebih responsif dan mesra pengguna.

“KESUMA percaya bahawa pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini akan memperkukuhkan daya saing negara, menjamin kesejahteraan pekerja, dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan, seimbang, dan inklusif,” ujarnya lagi.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd