Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Kes Tembak! Suspek Samun Langgar Polis Ketika Cuba Larikan Diri

Polis Daerah Klang Selatan melaporkan kes tembakan yang berlaku di setesen minyak Persiaran Raja Muda Musa, Klang disebabakan tindakan agresif penyamun ketika usaha tangakapan sedang dibuat.

Tambah pihak polis lagi, kereta yang dinaiki suspek hampir menggilis kaki aggota polis dan melawan arus dalam cubaan melarikan diri sebelum kenderaan tersebut ditinggalkan di tepi jalan.

Suspek samun cuba larikan diri

Polis Suspek samun cuba larikan diri

“Pada 12/11/2025 jam lebih kurang 2.30 petang, pasukan polis telah terserempak sebuah kereta jenis Toyota Vios warna putih yang disyaki terlibat dengan satu kes samun di Subang Jaya.
“Apabila pasukan polis hendak membuat tangkapan terhadap pemandu kereta tersebut (suspek) di stesen minyak Persiaran Raja Muda Musa, Klang, suspek bertindak agresif menolak anggota polis dan melarikan diri menggunakan keretanya.
“Pada masa tersebut, kereta suspek telah melanggar dan hampir menggilis kaki anggota polis serta melanggar kereta yang digunakan oleh pasukan polis sebelum melarikan diri dengan melawan arus masuk ke jalan besar Persiaran Raja Muda Musa menghala ke Shah Alam.
“Seterusnya suspek telah meninggalkan keretanya di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim sebelum melarikan diri,” terang kenyataan itu.

Terdahulu di media sosial tular sebuah video kes tembak menembak berlaku dipercayai di sebuah stesen minyak di kawasan Klang, Selangor hari ini.

Menerusi perkongsian di Threads, video berdurasi 1.17 minit itu dirakam oleh orang awam yang memperlihatkan sebuat kereta jenis Toyota Vios cuba melarikan diri biarpun dihalang oleh kenderaan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkongsian video yang sama, orang awam juga cuba untuk memberikan bantuan kecemasan selain menemukan objek yang dipercayai kelongsong peluru selepas insiden berkenaan.

Perkongsian itu telah menerima pelbagai reaksi warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa bimbang serta mempersoalkan tahap keselamatan penduduk di kawasan itu yang dikatakan selamat sebelum ini.

Tak takut polis

Ada lagi cakap Klang selamat

Ramai dah ada pistol

Artikel lain: Suspek Kes Tembak Golok Pernah Ditetak Parah, Terima 120 Jahitan

Difahamkan, anggota polis yang terlibat telah mengalami kecederaan serta kereta mengalami kerosakan. Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 186 dan 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam dan cubaan bunuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bertindak atas maklumat, pada 13/11/2025 jam lebih kurang 12.45 pagi, suspek telah berjaya ditangkap di kawasan Bandar Bukit Tinggi. Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 33 tahun dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau serta 5 rekod dadah lampau. Siasatan lanjut akan diteruskan berkaitan dengan penglibatan jenayah.

Sumber: Threads malaysiamostviral, Facebook Polis Klang Selatan

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Sosial

Adam Alis, pemain bola sepak Indonesia, tiba-tiba menjadi buah mulut netizen Malaysia selepas dua videonya tular di media sosial. Video pertama memaparkan dia dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd