Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram: 5 Ahli Keluarga Suspek Didakwa Terbabit Ideologi Luar

Lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu didakwa  atas sembilan pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.

Menurut satu laporan Harian Metro, dakwaan tersebut dilaporkan termasuklah menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Foto: Harian Metro

“Tertuduh membabitkan bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, dan ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura,” katanya.

Selain itu, tiga adik-beradik lelaki pengganas yang ditembak mati pada 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah Radin Imran (34), Farhah Sobrina Radin Imran (23) dan Mariah Radin Imran (19) turut didakwa di mahkamah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo

“Radin Imran berhadapan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS),” ujarnya.

Turut dilaporkan, fahaman tersebut disemai kepada semua anggota keluarganya termasuklah Radin Luqman berusia 21 tahun yang merupakan suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, isteri serta tiga anaknya yang lain.

“Anak lelaki sulungnya pula berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing hanya berhadapan satu pertuduhan,” tambahnya.

Foto: Sinar Harian

Terdahulu, semua lima ahli keluarga lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram dilaporkan telah ditahan dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), selepas tempoh reman mereka berakhir pada hari yang sama pada 24 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd