Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Rasuah Sabah: 2 ADUN, Satu Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah

Dua Ahli Undangan Negeri ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob, 69, dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, 44, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabali atas pertubuhan menerima wang rasuah berkaitan pengeluaran lesen carigali mineral di Sabah.

Memetik laporan Buletin TV3, seorang lagi ahli perniagaan, Datuk Tie Jiann Cheing, 37, juga mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas dua pertuduhan memberi wang rasuah kepada dua ADUN terbabit.

2 ADUN dan seorang ahli perniagaan didakwa dalam kes rasuah Sabah

Kes Rasuah Sabah

Ketiga-tiga tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 6 Mac 2023, lebih kurang 2 petang bertempat di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Yusof telah menerima suapan berupa wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Jiann Chieng sebagai dorongan untuk membantu menguruskan permohonan Prospecting License Syarikat Nusa Kini Sdn Bhd bagi mendapatkan lesen untuk mencarigali mineral di Sabah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi kertas pertuduhan yang dibacakan ke atas Andi yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, pada 12 Mei 2023, tertuduh didakwa menerima rasuah suapan berupa wang tunai berjumlah RM150,000 daripada Jiann Cheing.

Ia merupakan dorongan untuk membantu Jiann Cheing menguruskan permohonan Prospecting License Syarikat Sinaran Hayat Sdn Bhd bagi mendapatkan lesen untuk mencarigali mineral di Sabah.

Kedua-dua ADUN tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 69) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama.

Artikel lain: Skandal Rasuah: Dua ADUN Sabah Bakal Didakwa – Azam Baki

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua ADUN tertuduh akan menerima hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, hakim membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,o00 dengan bayaran deposit sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Manakala, Jiann Cheing didakwa dengan dua pertuduhan memberi rasuah kepada dua ADUN terbabit di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009 iaitu memberi wang rasuah.

Kes rasuah Sabah, dua ADUN didakwa terima suapan dari ahli perniagaan

Pertuduhan ini boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim membenarkan Jiann Cheing diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan bayaran deposit sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Ketiga-tiga tertuduh dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri dua bulan sekali di pejabat SPRM terdekat selain syarat tambahan tidak boleh menganggu saksi pendakwaan.

Hakim menetapkan tarikh 5 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.

Sumber: Buletin TV3 (Safwan Sawi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd