Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Kes Pinda Laporan Audit 1MDB: Najib Razak, Arul Kanda Dilepas & Dibebaskan

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Selain beliau,  Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy turut dilepas dan dibebaskan atas tuduhan yang sama.

Memetik laporan dari Harian Metro, Hakim Mohamed Zaini Mazlan , yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Pihak mahkamah juga membebaskan Arul daripada tuduhan bersubahan dengan Najib dalam melakukan pindaan itu selepas memberikannya sijil indemniti (pengecualian liabiliti undang-undang) kerana keterangan yang diberikan beliau berikan adalah benar dan menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Najib, 70, telah didakwa pada 12 Disember 2018 apabila dikatakan menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap Laporan Pengauditan Akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak daripada sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Manakala, Arul Kanda, 45 telah didakwa bersubahat dengan Najib apabila membuat pindaan berkenaan dengan tujuan melindunginya daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau juga didakwa terbabit dalam kes jenayah pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan juga pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Setakat ini, ketiga-tiga kes masing-masing masih di peringkat pengurusan.

 

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd