Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Isteri Terjun Kereta: Suami Sudah Ditahan – Polis

Pihak polis mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang didakwa terlibat dengan masalah keganasan rumah tangga yang tular di media sosial sejak semalam.

Suami sudah ditahan

kes isteri terjun kereta Suami sudah ditahan

Menerut perkongsian di Facebook, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan semalam pada jam 8.40 malam dan telah direman selama dua hari bermula hari ini.

Dipercayai penahanan dilakukan setelah pihak polis mengesan video berdurasi 19 saat yang menunjukkan seorang wanita telah terjun dari sebuah kereta di kawasan Lencongan Timur, Sungai Petani, Kedah.

“Pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengesahkan insiden tersebut benar-benar berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu,  kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi menyiasat kejadian terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular sebuah video seorang wanita nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak bagi megelakkan diri daripada dipukul oleh suami dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, pada Rabu.

Difahamkan, mangsa mendakwa dirinya telah diseret secara paksa untuk masuk ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang pada jam lebih kurang 6 petang.

Artikel lain: Keganasan Rumah Tangga: Suri Rumah Paling Ramai Jadi Mangsa, Lebih 2,400 Kes Direkod Januari-April

Untuk info, pasangan itu telah berkahwin sejak Oktober 2024 dan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Daerah Kuala Muda

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd