Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Dadah Di Kelantan Turun Hasil Kawalan Ketat Sempadan Negara

Kes dadah Kelantan menurun

Penutupan lubang tikus di kawasan sempadan negara mula menampakkan hasil yang positif setelah indeks purata kes salah guna dan penagihan dadah di Kelantan menurun sehingga 5.4 peratus pada tahun ini.

Kes dadah Kelantan menurun

Kes dadah Kelantan menurun

Foto: UtusanTV

Menurut laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, menjelaskan statistik memaparkan hanya 11,280 kes melibatkan dadah di negeri itu sepanjang Januari sehingga Mac tahun ini, berbanding 11,928 kes pada tahun sebelumnya dalam tempoh waktu yang sama.

Beliau berkata kadar penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang berdasarkan 100,000 penduduk di Kelantan berkurangan sebanyak 597 orang penagih berbanding 632 bagi tahun sebelumnya.

“Kategori dadah yang menjadi pilihan utama penagih di Kelantan dadah jenis ATS dengan majoriti 89.3 peratus atau 10,071 orang bagi tempoh sehingga Mac 2025.
“Data menunjukkan perubahan positif bagi tempoh suku pertama tahun ini, namun kita tidak boleh berasa selesa kerana masih terlalu awal untuk menganggap kes penagihan dadah dan bahan terlarang terkawal sepenuhnya.
“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan dan pencegahan akan terus diperhebatkan,” kata Shamsul Anuar di Kota Bharu, malam tadi.

Dalam perkembangan sama, Shamsul Anuar menyifatkan penurunan kes dadah di Kelantan merupakan sebahagian hasil usaha pencegahan bersasar dan meluas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Kes dadah Kelantan menurun

Foto: Sinar Harian

“AADK sedang berhadapan dengan landskap penyalahgunaan dadah yang semakin mencabar termasuk kemunculan bahan psikoaktif baharu serta peningkatan ketara penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine Type Stimulans (ATS) dalam kalangan remaja dan belia.
“Cabaran ini memerlukan pendekatan yang bersifat menyeluruh dan bersepadu merangkumi aspek pendidikan, kesedaran awam, rawatan, pemulihan serta pemerkasaan masyarakat tempatan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Sebut Sahaja Dadah, Orang Nampak Kelantan Sedangkan Jumlah Penagih Naik Di Seluruh Negara – Exco

Untuk info, pihak berkuasa sebelum ini telah memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Sungai Golok selain membabitkan penutupan pangkalan haram yang dilaksanakan sejak Disember lalu selain usaha keras dalam memastikan keamanan sempadan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Syaherah Mustafa)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd