Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Salur Bantuan Khas RM300 Buat Peneroka FELDA Sempena Aidilfitri

Kerajaan mengumumkan bantuan khas bersasar buat peneroka FELDA yang berpendapatan RM1,000 ke bawah sebanyak RM300 sempena Aidilfitri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan itu akan disalurkan kepada setiap peneroka di 317 Tanah Rancangan FELDA seluruh negara sebelum sambutan Aidilfitri.

“Peneroka berpendapatan Rm1,000 ke bawah dan peneroka berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula akan mendapat penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Iftar Santunan Kasih Ramadan di MRSM FELDA pada Selasa.

Ahamd Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut berkata Kementerian telah meluluskan projek membina jalan dari FELDA Trolak Selatan ke Pekan Trolak, Muallim, Perak pada tahun lepas dengan kos RM35 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) ini sedang dalam peringkat rekabentuk dan dijangka ditender pada Oktober 2024.
“Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang 2.3km dengan spesifikasi JKR R1. Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya.
“Ia juga bakal memberi manfaat kepada penduduk di FELDA Trolak dengan menjimatkan masa perjalanan ke pekan Trolak dari 30 minit kepada 10 minit sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, bagi memberi peluang kepada generasi keempat dan kelima FELDA, Majlis Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara diarahkan untuk menyelaras program TVET.

“Khususnya TVET Generik dan TVET Aras Tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.
“Ini termasuk tawaran kursus oleh Institusi TVET Awam seperti GiatMARA, Akademi Binaan Malaysia, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Yayasan FELDA dan Kolej Komuniti,” katanya.

TVET Generik merangkumi skop kursus seperti Teknologo Mekanisasi Ladang, bidang pertanian dan penternakan, teknologi kimpalan dan pendawaian manakala TVET Aras Tinggi pula seperti Teknologi Aeroangkasa, Digital, Rel, EV dan Mikroelektronik (Chip Design).

Bantuan khas RM300 buat peneroka FELDA sempena Aidilfitri

Menurut Ahmad Zahid, tahun lepas UniKL sebagai salah satu Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menerima seramai 29 anak FELDA (13 Ijazah, 16 Diploma).

“Saya ingin menawarkan untuk lebih ramai anak-anak FELDA, khususnya generasi 4 dan 5 untuk menyertai UniKL bagi menyertai industri termaju.
“Ini termasuk Telekomunikasi, Tenaga boleh diperbaharui, Kecerdasan Buatan, Industri Aeroangkasa, Marin dan Rel.
“Saya mensasarkan sekurang-kurangnya 50 orang anak FELDA untuk menyambung pengajian di UniKL khususnya kursus TVET pada sesi pengambilan akan datang.
“InsyaAllah, MARA akan membantu dari segi kesesuaian pinjaman pelajaran,” jelasnya.

Pada majlis yang sama, Ahmad Zahid juga menyerahkan sumbangan berjumlah RM66,050 kepada 307 orang anak yatim dan golongan asnaf dari sekitar Trolak termasuk pemberian duit raya kepada pelajar Maahad Tahfiz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Yayasan FELDA dan FELDA Global Venture Holdings Berhad turut menjalankan tanggungjawab sosial (CSR) bagi mengagihkan bantuan kelengkapan persekolahan di setiap sekolah di kawasan tanah rancangan FELDA menerusi Program ‘Welcome To School’.

Artikel lain: Dalam Tempoh 24 Jam, KKR Berjaya Selesaikan 774 Jalan Berlubang Di Jalan Persekutuan

Jumlah agihan tersebut melibatkan 270 buah sekolah kebangsaan termasuk 20 buah sekolah di Wilayah Trolak dengan jumlah 656 murid dengan peruntukan RM98,400.

Agihan itu juga akan diteruskan kepada 14,500 pelajar iaitu 11,500 semua pelajar tahun 1/2024 di seluruh sekolah di kawasan tanah rancangan FELDA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3,000 set lagi diedarkan kepada warga FELDA yang menetap di Luar Tanah Rancangan (Lembah Klang, Shah Alam, Johor Bahru, Ipoh & Kuantan) dengan peruntuk RM2,175,000.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyerahkan hasil pendapatan projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang diperolehi dalam tempoh setahun berjumlah RM400,000.

Model PPP bersama AgroBank ini melibatkan penyertaan AgroBank sebagai rakan pelaksana dan pembiaya projek, manakala operator projek ini ialah AQINA Fruits Sdn Bhd melalu projek tanaman Nanas MD2 yang dikendalikan Koperasi Besout 1,2,dan 3.

Disamping itu, Maktab Rendah Sains MARA FELDA (MRSMF) yang merupakan MRSM kelima di Negeri Perak turut menerima peruntukan berjumlah RM280,000 melalui peruntukan Tabung Khas Penyelenggaraan IPMA di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Melalui kerjasama antara MARA dan FELDA, Program Ulul Albab akan diwujudkan di MRSM FELDA bagi melahirkan ‘Imtiaz Firdaus’ atau generasi FELDA yang cemerlang menjelang 2050.

Program ini adalah pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

+ posts

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd