Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dalam Tempoh 24 Jam, KKR Berjaya Selesaikan 774 Jalan Berlubang di Jalan Persekutuan

Kementerian Kerja Raya (KKR) berjaya menyelesaikan sejumlah 774 isu jalan berlubang (potholes) ketika dibangkitkan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Menerusi laporan Berita RTM, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bilangan tersebut membabitkan jalan-jalan Persekutuan sepanjang Januari hingga Februari tahun ini.

“Isu itu  berjaya diselesaikan dalam tempoh  24 jam,” katanya.

Foto: Berita RTM

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan yang dibangkitkan oleh wakil Rompin, iaitu Datuk Abdul Khalib Abdullah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ahmad Maslan juga melaporkan sebanyak 5,959 aduan diterima pada tahun lepas yang turut berjaya di selesaikan KKR dalam tempoh 24 jam.

“Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan RM3.3 bilion dari tahun 2018-2023 bagi kerja penyelenggaran penurapan semula jalan berkala di jalan-jalan Persekutuan.
“Namun kita ada RM3.3 bilion juga untuk kerja-kerja tertunggak, di Rompin, 306.8 km membabitkan RM41.7 juta dari 2021 diperuntukkan dan untuk negeri Pahang anggaran penyelenggaran jalan 2024 untuk penurapan jalan RM101.5 juta  dan bukan turapan RM8.3 juta,” ujarnya.

Foto: Google

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa punca berlaku kemalangan jalan raya selain keadaan jalan antaranya adalah kecuaian, keletihan, had laju, keadaan kenderaan dan juga faktor cuaca.

Untuk makluman, sebanyak 598,635 kes kemalangan jalan raya telah dilaporkan di seluruh negara yang direkodkan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 Disember tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan kutipan data ini, faktor keadaan infrastruktur jalan raya yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya adalah sebanyak 13.2 peratus berbanding kesalahan pemandu (80.6 peratus) dan keadaan kenderaan (6.2 peratus).

Sumber: Berita RTM

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris kini secara rasmi menggalas tanggungjawab sebagai Panglima Tentera Udara (PTU) yang baharu, menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd...

Sosial

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen...

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Bisnes

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat. Menteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd