Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PLKN 3.0 Catat Pencapaian Positif, Pelatih Cadang Lanjut Tempoh Latihan

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri kedua bagi tahun ini menunjukkan pencapaian memberangsangkan, apabila hampir 90 peratus pelatih berjaya menamatkan sesi latihan selama 45 hari yang berlangsung dari 11 Mei hingga 24 Jun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelatih turut mencadangkan agar tempoh latihan dilanjutkan, di samping penambahan aktiviti praktikal dan pengukuhan modul asas ketenteraan.

plkn 3.0

Foto: Harian Metro

Cadangan itu diperoleh hasil dapatan soal selidik pasca latihan yang dijalankan dengan 82.5 peratus pelatih memberikan maklum balas positif serta syor membina untuk penambahbaikan program akan datang.

Artikel lain: PLKN 3.0 Siri 2: JLKN Teliti Alasan Calon Gagal Hadir

“Secara kualitatif, temu bual bersama alumni siri pertama dan kedua menunjukkan PLKN 3.0 berfungsi sebagai pemangkin perubahan positif dalam kehidupan pelatih.
“Antara impak yang dikenal pasti termasuk pembentukan disiplin diri, peningkatan keyakinan, semangat perpaduan, serta kesedaran sivik dan jati diri. Transformasi ini turut merangkumi gaya hidup sihat, pengurusan masa yang baik serta kefahaman terhadap isu semasa negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
plkn 3.0

Foto: Borneo post

Program kali ini dijalankan di dua pusat latihan utama iaitu Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan, Pahang untuk 257 pelatih lelaki, dan Rejimen 515 AW, Kuala Lumpur bagi 187 pelatih perempuan.

Secara keseluruhan, 444 daripada 550 pelatih yang disasarkan berjaya menamatkan latihan mewakili kadar penyertaan 80.73 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, seramai 43 pelatih menarik diri atas faktor kesihatan dan tawaran pengajian, manakala 63 orang lagi memohon penangguhan atas pelbagai sebab.

PLKN 3.0

Foto: BH

Mohamed Khaled turut menegaskan bahawa PLKN 3.0 tidak sekadar program latihan fizikal semata-mata, tetapi turut menjadi intervensi strategik untuk membentuk generasi muda Malaysia yang lebih berdaya tahan, berdisiplin dan patriotik.

“PLKN 3.0 juga menjadi platform penting dalam menyemai jalinan persahabatan antara kaum dan negeri, selari dengan matlamat pembangunan modal insan holistik demi kemajuan negara,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Muhammad Yusri Muzamir)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Sukan

Jenama pakaian terkenal, Elrah, mengesahkan akan menjadi penaja kepada pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bagi menghadapi saingan musim hadapan, sekali...

Lokal

Seorang guru disiplin cedera dipercayai selepas ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini, yang dipercayai berpunca daripada tindakan menggunting rambut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd