Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Beri Bayangan Gaji Penjawat Awam, Pencen Pesara Naik Pada 2024

Selari dengan usaha untuk merancakkan ekonomi negara, kerajaan memberi bayangan bahawa gaji penjawat awam dan pencen pesara dijangka akan naik bermula tahun hadapan.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil memberitahu perkara tersebut sudah disemak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dijangka akan direalisasikan.

Gaji penjawat awam naik

Artikel lain: Purata Gaji Di Malaysia Dijangka Naik 5.1 Peratus Pada 2024

“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.
“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya.

Difahamkan, dua perkara tersebut sangat penting pada tahun hadapan dimana lebih banyak pelaburan akan diperoleh bagi merancakkan lagi ekonoomi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil turut menolak spekulasi mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan memandangkan ada sistem tertentu yang perlu diperbaiki untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi.

“Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami di mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki.
“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku di mana projek tidak berjalan dengan lancer hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan,” tambahnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Saadiah Ismail)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd