Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

“Kenapa Tak Cakap Mandarin?”- Penumpang China Amuk, Persoal Kru Kabin Berbahasa Inggeris!

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan kru kabin yang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Hasil semakan, insiden itu berlaku dalam penerbangan AirAsia X D7809 yang dijadualkan berlepas pada jam 2 pagi Rabu (22 April).

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan wanita berkenaan mempertikaikan tindakan kru kabin menggunakan Bahasa Inggeris ketika berurusan dengannya, selain mendakwa kru sepatutnya boleh berbahasa Mandarin.

“Kenapa kru kabin dalam penerbangan antarabangsa tidak boleh bercakap Bahasa Mandarin?
“Kalau dia tak boleh cakap Mandarin asas pun, dia tidak layak berada dalam industri perkhidmatan,” katanya.

Keadaan menjadi tegang apabila wanita itu meninggikan suara ketika kru darat cuba menenangkannya, namun kru berkenaan kekal tenang sepanjang insiden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis lapangan terbang kemudian dimaklumkan dan hadir ke dalam pesawat bagi mengawal keadaan.

Wanita itu pada awalnya bersetuju untuk menaiki penerbangan lain, namun kemudian bertukar nada dan menuntut penjelasan serta pampasan.

“Boleh tak sesiapa jelaskan apa kesalahan saya?
“Siapa akan ganti rugi masa dan wang saya yang hilang? Kalau tak nak bayar pampasan, jangan benarkan penerbangan ini berlepas. Saya dari China,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan tidak wajar dalam konteks penerbangan antarabangsa, selain menegaskan penggunaan Bahasa Inggeris adalah standard komunikasi global.

Sementara itu, kru kabin AirAsia X, Syafiq Jisma, berkata insiden bermula apabila penumpang itu menjadi agresif selepas rakannya gagal melepasi pemeriksaan imigresen sebelum keadaan menjadi semakin tegang walaupun usaha menenangkan dan bantuan penterjemah dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kapten kemudian membuat keputusan untuk kembali ke parkir pesawat bagi mengawal situasi.

AirAsia X dalam kenyataan mengesahkan insiden itu dan memaklumkan penumpang berkenaan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Artikel lain: Pelancong India Mengamuk, Dapat Burger ‘Non Vege’ Dibeli Di McD KLIA

Keputusan dilakukan atas faktor keselamatan sebelum penerbangan berlepas semula dengan kelewatan kira-kira 1.5 jam dan tiba dengan selamat di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarikat penerbangan itu turut menegaskan komitmen terhadap keselamatan serta profesionalisme kru dalam mengendalikan situasi berkenaan.

Sumber: X Byron_Wan

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Lokal

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam...

Sosial

Susulan isu tular melibatkan satu adegan dalam persembahan teater yang mencetuskan pelbagai reaksi, Universiti Malaya tampil memberikan penjelasan rasmi bagi meredakan kebimbangan orang ramai....

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd