Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KEMAS Perluas Program Pra Tahfiz, Rombak Struktur Program-Program Utama

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS perluas program Pra Tahfiz KEMAS secara besar-besaran apabila menubuhkan 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz dengan penglibatan seramai 60,000 kanak-kanak di seluruh negara.

KEMAS Perluas Program Pra Tahfiz

KEMAS perluas Program Pra Tahfiz selepas mendapat sambutan

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi memaklumkan yang peluasan  tersebut dijalankan pada tahun 2025 susulan usaha berkenaan mendapat sambutan menerusi pelaksanaan rintis di 100 TABIKA KEMAS, melibatkan 1,500 kanak-kanak pada 2023.

“Usaha ini bermula dengan pelaksanaan rintis di 100 TABIKA KEMAS, melibatkan 1,500 kanak-kanak.
“Alhamdulilah sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga pada tahun 2024, penyertaan meningkat kepada 55,269 kanak-kanak.
“Saya percaya ini membuktikan bahawa masyarakat menyambut baik usaha KEMAS untuk memperkukuhkan nilai-nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara,” ujar beliau.

KEMAS perluas Program Pra Tahfiz, usaha bina generasi berakhlak, berilmu & berdaya saing

Difahamkan, langkah proaktif dengan menjadikan pendidikan al-Quran sebagai teras utama dalam pembentukan kanak-kanak di Tabika Kemas merupakan salah satu cara untuk memastikan ia terus menjadi tunjang dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak, berilmu, dan berdaya saing.

Matlamatnya cukup jelas, bagi melahirkan generasi huffaz cilik yang bukan sahaja menguasai hafazan al- Quran bagi surah-surah dalam Juzuk Amma, tetapi juga memahami adab dan tadabbur dalam kehidupan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, KKDW telah merangka satu hala tuju baru agar KEMAS ters mengukuhkan pendekatan Cross-Functional dimana ia bukan sahaja merentas semua bahagian dalaman KEMAS, tetapi turut menggabungkan kepakaran  pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat dan swasta.

“Sebagai sebahagian daripada transformasi ini, KEMAS juga akan merombak struktur program-program utama seperti Hari POTENSI TABIKA KEMAS, Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku (WINS), Festival Kesenian Islam (iFest) dan program lain – akan disatukan di bawah satu program utama yang dikenali sebagai Festival KEMAS (FESMA),” jelasnya lagi.

Artikel lain: Agensi Bawah KKDW Diseru Hapus Budaya Silo – Ahmad Zahid

Langkah tersebut diyakini dapat mengurangkan kos operasi logistik, penyewaan dan tenaga kerja, sekaligus dapat meningkatkan keberkesanan dan kesepaduan program yang dilaksanakan.

Anjakan ini adalah strategi konkrit untuk memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak dan memberdayakan masyarakat desa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, Ahmad Zahid yakin bahawa dengan langkah-langkah strategik ini, KEMAS akan terus menjadi pemacu perubahan dalam membina sebuah negara yang maju dan masyarakat desa yang lebih dinamik.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd