Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelantan Larang Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat

Kelantan larang sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat seperti yang termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata demikian susulan ujian sistem siar pada satu majlis berdekatan sebuah masjid baru-baru ini, lapor Bernama.

Kelantan larang aktiviti Hiburan & muzik pada malam Jumaat

Kelantan Larang Aktiviti Hiburan

Foto: Berita Harian

“Garis panduan ini bersesuaian dengan galakan sebagai Muslim untuk memperbanyakkan amal ibadah pada malam Jumaat,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Rabu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud menyangkal dakwaan isu tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Kota Darulnaim tidak dibayar gaji.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Hilang Kali Kedua, Remaja Perempuan Tidak Balik Rumah Sejak Selasa

“Selama ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak ada masalah mengendalikan staf termasuk tukang cuci, bahkan gaji dibayar lebih awal daripada tarikh sepatutnya dan tidak pernah ada tunggakan,” ujarnya.

Kelantan Larang Aktiviti Hiburan

Katanya, siasatan akan dijalankan berkenaan dakwaan tersebut untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan perkara tersebut.

Sebelum ini, SUK Kelantan menafikan laporan yang mendakwa 20 tukang cuci dan pekerja pembersihan di Kompleks Darulnaim tidak dibayar gaji sejak Mac lepas.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd