Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kehadiran Kapal Tentera Laut Asing Di EEZ Malaysia, Wisma Putra Ambil Maklum

Kementerian Luar mengambil maklum laporan berkaitan kehadiran kapal tentera laut asing di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) berhampiran pelantar minyak di Sarawak.

Foto hiasan: PETRONAS

Menurut laporan Berita Harian, pihak kementerian maklum terhadap laporan itu namun tidak dapat mengulas kesahihan dan butiran terperinci pergerakan kapal tentera laut asing tersebut kerana perkara ini berada di bawah pihak berkuasa pertahanan dan operasi keselamatan.

“Namun begitu, pendirian Malaysia terhadap Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kawasan maritim negara seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979,” kata kementerian dalam kenyataan, semalam.

Pendirian itu selari dengan undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto hiasan: iNews

“Selari dengan dedikasi negara mengekalkan Laut China Selatan sebagai wilayah keamanan, kestabilan dan perdagangan, Malaysia akan terus terbabit secara diplomatik dengan semua negara yang berkaitan.
“Kerajaan juga kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Perilaku Pihak di Laut China Selatan (DOC) yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Mahani Ishak)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Sosial

Tular di media sosial rakaman video seorang wanita yang menemui suaminya dan perempuan lain sedang berduaan di pusat beli belah. Dalam perkongsian pertama sewaktu...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd