Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kedutaan Malaysia Pantau Rapi! Rakyat Dinasihat Elak Kawasan Demonstrasi Jakarta

Kedutaan Malaysia Pantau Rapi

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta kini memantau dengan teliti perkembangan beberapa siri demonstrasi yang bermula Isnin di kawasan Senayan, Jakarta Pusat.

Kedutaan memaklumkan bahawa demonstrasi tersebut menjejaskan aliran trafik, dengan penutupan beberapa lokasi terutamanya di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.

Kedutaan Malaysia Pantau Rapi

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang bermastautin atau berada di Jakarta atas urusan pelancongan, perniagaan, dan lain-lain dinasihatkan sentiasa mengikuti pengumuman pihak berkuasa tempatan dan media mengenai lokasi demonstrasi.

“Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk menghindari lokasi demonstrasi dan tidak melibatkan diri dalam apa jua tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan,” menurut kenyataan kedutaan.

Artikel lain: Dilanggar Kenderaan Perisai Polis, Prabowo Arah Siasatan Telus Insiden ‘Rider’ Maut Ketika Demonstrasi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan melalui talian +62813 8081 3036.

Sumber: FB Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd