Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecuaian Pengurusan? Bapa Dakwa Bayi Terjatuh Katil Hospital, Kerap Alami Sawan Selepas Kejadian

Seorang bapa mendakwa bayi perempuannya terjatuh sewaktu berusia dua hari akibat kecuaian pengurusan sebuah perkarangan Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 17 November lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Syarifuddin Manan, 24, mendakwa anak sulungnya yang kini berusia 41 hari sering mengalami sawan berikutan insiden tersebut.

Kecuaian Pengurusan Hospital

Kecuaian Pengurusan

Foto: Bernama

“Anak saya terjatuh dari katil bayi ketika ingin dipindahkan ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan jaundis (demam kuning).
“Dia dilahirkan normal dengan berat 3.3 kilogram (kg) namun setelah terjatuh, kesihatannya sering terganggu akibat kecederaan pada bahagian kepala,” dakwanya ketika ditemu bual media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada Khamis.

Terdahulu peniaga tersebut yang ditemani peguam, Mohd. Hazwan Hamidun membuat laporan polis berhubung insiden menimpa bayinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kecuaian Pengurusan

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Kosmo! Online pula, Muhammad Syarifuddin mendakwa bayinya sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat sawan selepas insiden berkenaan.

“Saya dan isteri juga tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi pihak hospital apatah lagi kami tidak dibenarkan untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) untuk melihat sendiri insiden tersebut dengan lebih jelas,” dakwanya lagi.
Mengulas lanjut, dia turut mendakwa bahawa kepala bayinya terhantuk pada permukaan jalan di perkarangan PRIBA, tetapi pengurusan hospital mengesahkan bayi itu terjatuh, tetapi menafikan kecuaian jururawat serta mendakwa kemalangan itu berlaku disebabkan keadaan jalan yang tidak rata.
Ekoran daripada insiden tersebut, Muhammad Syarifuddin  anaknya mengalami pendarahan di kepala dan sering mengalami sawan.
Sumber: Harian Metro (Baharom Bakar), Kosmo! Online (Kamaliza Kamaruddin)

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd