Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KDN Bincang Peraturan Baharu Pekerja Asing Bersama KSM – Saifuddin Nasution

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bincang berhubung peraturan baharu mengenai pekerja asing bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 16 Januari ini.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, mesyuarat tersebut akan memperhalusi undang-undang dan akta sedia ada selain membuat penambahbaikan sekiranya ada keperluan.

“Isu berkenaan warga asing merupakan antara isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Selasa hadapan.
“Soal majikan bawa masuk (pekerja asing), kemudian pekerja tiada pekerjaan, soal majikan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan, soal undang-undang sedia ada baik di bawah akta imigresen, akta pasport, akta kerja, apa sahaja akan dibincangkan pada mesyuarat itu.

KDN bincang peraturan baharu pekerja asing bersama KSM

“Kita juga perlu melihat dari aspek undang-undang dan penguatkuasaan sama ada perlu ditambah baik. Semua itu akan menjadi fokus pada 16 Januari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri Tahun 2024 di Putrajaya, hari ini.

Sementara itu, Saifuddin turut menyatakan bahawa KDN kini mempunyai pusat data sains sendiri bagi memproses dan menganalisi ‘raw data‘ bagi tujuan kegunaan dalaman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: MINDEF Fokus Lima Perkara Utama Dalam Capai Visi Malaysia Sebagai Negara Selamat

Beliau berkata, data-data telah dikumpulkan daripada pelbagai agensi dibawah KDN seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Dalam perbincangan dalaman KDN baru-baru ini, kami dapati agensi-agensi di bawah kementerian kaya dengan data, tetapi jika kekal sebagai ‘raw data’, ia tiada apa-apa makna.

“Jadi KDN akan menubuhkan pusat data sains sendiri  yang tidak ada penjawatan baharu tapi hanya menggunakan bakat di bawah KDN dalam bidang berkenaan.
“Fokus pusat ini adalah melakukan analisis kepada semua data-data yang ada dalam kawalan kami. Daripada data itu, ia akan membantu setiap jabatan di bawah KDN dalam menggubal sesuatu syor atau cadangan,” ujarnya.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Lokal

Seorang lelaki warga emas yang memandu van sehingga menyebabkan kematian seorang murid perempuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Maimon, Parit Sulong pada Selasa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan bekas suami kepada wanita koma, Jahidah Nordin sekali lagi berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah...

Lokal

Seorang murid lelaki Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Berendam, Melaka cedera dipercayai terjatuh dari koridor sekolah ketika cuba mengambil kasut rakannya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd