Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Karnival Perpaduan Miri Platform Terbaik, Semarakkan Kesejahteraan Hidup Masyarakat Berbilang Kaum

Karnival Perpaduan Miri Platform Terbaik

Karnival Perpaduan Miri platform terbaik bagi mengetengahkan semangat perpaduan dan kesejahteraan hidup masyarakat berbilang kaum, agama, dan budaya di Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Agong berkata, ia selaras dengan tema ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’.

Karnival Perpaduan Miri Platform Terbaik

Beliau berkata, karnival yang diadakan bersempena dengan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 berupaya mendidik masyarakat mendalami dan menghayati nilai perpaduan yang dikecapi negara sejak mencapai kemerdekaan.

“Sambutan Minggu Perpaduan merupakan program utama di bawah kluster Semarak Perpaduan yang bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.
“Melalui program sebegini, masyarakat pelbagai kaum dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi, khususnya berkaitan adat dan budaya pelbagai etnik di negara ini,”katanya.
Karnival Perpaduan Miri Platform Terbaik

Artikel lain: Putus Hubungan Dengan Syarikat Berkaitan Israel Akan Jejas Ekonomi Negara – PM

Beliau juga berharap agar momentum kerjasama ini akan terus terbina menerusi program dikendalikan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, momentum kerjasama perlu diteruskan di antara rakyat sama ada di peringkat nasional atau akar umbi sebagai satu pasukan dan saling melengkapi antara satu sama lain, khususnya bagi menjayakan agenda perpaduan negara.

“Saya berharap agar momentum kerjasama ini akan diteruskan lepas ini kepada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) yang akan bermula Ogos sehingga September 2024,”ujarnya.

Karnival Perpaduan Miri Platform Terbaik

Beliau memberitahu, kementerian menerusi agensi di bawahnya merancang sebanyak 16 program utama sempena HKHM.

Program tersebut ialah Konvoi Perpaduan dan Kenali Budaya Kita, Jejak Harmoni@Miri, Majlis Memperingkati Negarawan – Tunku Abdul Rahman, Konvensyen Sekretariat Rukun Negara, Malaysiaku Merdeka, Bicara Merdeka Peringkat Kebangsaan, Kembara Merdeka Anak Malaysia, Kembara Ini Warisan Kita@Beaufort dan Karnival Membaca Perdana.

Turut dirancang ialah Semarak Muzium Sungai Lembing, Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu, Program Bermalam di Muzium, Sambutan Anak Merdeka, Majlis Memperingati Negarawan – Tun Jugah, Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional dan Kem Anak Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keharmonian perlu dipelihara, dipupuk dan diterapkan dalam diri bermula daripada diri sendiri dan kemudian diwariskan kepada generasi seterusnya.
“Kita semua perlu ingat, setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai,”ujarya lagi.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd